Utusan Borneo (Sarawak)

PRU14: Iskandar turut dikait dengan kerusi Santubong

-

KUCHING: Bahang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semakin terasa apabila timbul spekulasi mengaitkan beberapa nama individu berpotensi yang bakal bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Santubong.

Lebih rancak apabila nama Ketua Pergerakan Pemuda PBB Satok Iskandar Sharkawi turut menjadi ‘buah mulut’ penduduk di kawasan tersebut.

Mungkin berperanan penting dalam PBB Cawangan Satok, tetapi beliau merupakan anak kelahiran Kampung Bako yang bernaung di bawah konstituen­si P.193 Santubong.

Namanya kini bukan sahaja menjadi bualan hangat pemimpin akar umbi bahkan masyarakat setempat.

Beliau merupakan individu berpengala­man dalam politik dan perniagaan, pemimpin belia dan seorang jurutera selain menjawat tugas selaku Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda PBB Negeri itu disifatkan sebagai seorang yang mudah didekati dan bergaul dengan masyarakat.

Iskandar ketika dihubungi Utusan Borneo bagi mendapatka­n reaksi beliau mengenai perkara itu bagaimanap­un enggan mengulas lanjut.

“Saya bersedia memberi khidmat bakti kepada rakyat terutama di kawasan kelahiran supaya maju seiring arus pembanguna­n dan pemodenan negeri Sarawak demi kesejahter­aan dan kelestaria­n penduduk tempatan,” katanya.

Menurutnya, keputusan pemilihan bakal calon BN Sarawak terletak di tangan Pengerusi BN negeri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Sebelum ini, nama penyandang Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dikatakan turut tersenarai selain beberapa individu lain termasuk calon muda.

Terdahulu, Abang Johari mengesahka­n telah menghantar senarai nama calon BN Sarawak kepada Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Perkara ini ( pemilihan calon) saya serahkan kepada Pengerusi BN Pusat,” katanya.

Bagaimanap­un Abang Johari enggan mendedahka­n nama calon yang telah disenaraik­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia