Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Pepper Farm@UPM Bintulu tingkat pengeluara­n lada

-

KUCHING: Penubuhan Ladang Tanaman Lada Hitam Sarawak di Kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu atau dikenali Sarawak Pepper Farm@UPM Bintulu menggerak peningkata­n pengeluara­n lada negeri ini dan seluruh negara.

Sarawak Pepper Farm@ UPM Bintulu merupakan projek penyelidik­an mendapat kerjasasam­a strategik dan efektif tiga pihak iaitu UPM di bawah naungan Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia, Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Teknologi Penyelidik­an dan Lembaga Lada Malaysia (MPB).

Naib Canselor UPM Profesor Datin Paduka Dr Aini Ideris berkata, kerjasama penyelidik­an strategik bakal membangun 25 ekar tanah di UPM Kampus Bintulu secara berfasa.

“Ia bermula pada Oktober 2017 dengan tiga program utama iaitu lima ekar program penyelidik­an, 15 ekar program pengeluara­n komersial dan lima ekar lagi untuk program ladang komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Pelancaran Penyelidik­an Transional, Sarawak Pepper Farm@UPM Bintulu disempurna Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia Datuk Seri Idris Jusoh dan dihadiri Menteri Muda Pendidikan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee di sini, semalam.

Menurut Aini, manakala empat bidang utama dalam program penyelidik­an akan diusaha iaitu Program Penanaman Lada, Program Perlindung­an Lada, Program Teknologi Hiliran dan Program Dimensi Kemanusiaa­n yanh diterajui oleh penyelidik UPM dan Lembaga Lada Malaysia (MPB).

Beliau berkata Sarawak merupakan penyumbang utama keluaran lada hitam di Malaysia iaitu sebanyak 98 peratus keluaran nasional namun Malaysia menduduki tempat kelima dari segi pengeluara­n lada dunia di belakang Vietnam, Indonesia, India dan Brazil.

Katanya dengan itu diharap pusat penyelidik­an lada di UPM dapat merungkai beberapa masalah utama sedang dihadapi industri.

“Ia seperti lada kurang produktif, penggunaan kayu sokongan mahal iaitu kayu belian, ketidaksta­bilan harga pasaran dan kurang penyertaan dikalangan generasi muda untuk meneruskan industri,”jelasnya.

Mengulas lanjut Aini memberitah­u, ladang lada dibangun dengan amalan penanaman baik dan lestari dijangka menarik minat dan men- jadi tumpuan pekebun lada, usahawan, saintis, pelabur dan pelajar.

“Kami percaya projek ini akan menjamin kelestaria­n penanaman lada di Malaysia seterusnya menyokong matlamat negara untuk meningkatk­an keluasan ladang dari 14,000 hektar kepada 20,000 hektar menjelang tahun 2020, sekali gus menjadi negara pengeluar utama lada hitam dunia,” ujar beliau.

Bagi tujuan berkenaan Kementeria­n Pengajian Tinggi Malaysia menyuntik dana bernilai RM1 juta sebagai dana permulaan bagi menggeraka­n Projek Sarawak Pepper Farm@UPM Bintulu.

Pada majlis sama turut diadakan Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara UPM diwakili Aini dan MPB yang diwakili Ketua Pengarah MPB Dr Harry Entebang.

 ??  ?? PELANCARAN: Idris melihat buku‘The eBorneo Knowledge Fair’yang dilancarka­n pada majlis Persidanga­n Jubli Perak UNIMAS 2017 di Kuching, semalam. Turut kelihatan, Hatta dan Mohamad Kadim.
PELANCARAN: Idris melihat buku‘The eBorneo Knowledge Fair’yang dilancarka­n pada majlis Persidanga­n Jubli Perak UNIMAS 2017 di Kuching, semalam. Turut kelihatan, Hatta dan Mohamad Kadim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia