Utusan Borneo (Sarawak)

JHEAIK sahkan terima laporan ajaran dipercayai sesat di Langkawi

-

ALOR SETAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) semalam mengesahka­n menerima laporan mengenai penularan satu klip video yang dipercayai menyebarka­n ajaran sesat di Pulau Tuba, Langkawi.

Pengarahny­a Datuk Abdul Rahman Ismail berkata pihaknya telah mengarahka­n Pejabat Agama Langkawi melakukan siasatan berhubung perkara itu.

“Berdasarka­n apa yang saya lihat (pemerhatia­n awal) ilmu ini salah dari segi akidah dan fahaman yakni mempersoal­kan tentang kesaksian kita kepada Allah SWT serta mempersoal­kan syahadat kita.

”Jadi saya sudah meminta pegawai membuat siasatan untuk mengenal pasti apa sebenarnya ajaran ini,” katanya kepada Bernama.

Video berkenaan yang tular di media sosial sejak seminggu lalu menunjukka­n seorang lelaki dipercayai Tok Guru yang mempersoal­kan mengenai kewujudan Allah SWT, syahadat serta rukun solat.

Turut dipaparkan dalam video berdurasi kira- kira enam minit itu ialah beberapa lelaki yang menyokong kenyataan Tok Guru terbabit.

Selain itu, beberapa keping gambar yang memaparkan rumah dan pondok dipercayai tempat untuk menyebarka­n fahaman berkenaan dengan kalimah- kalimah tertentu termasuk ‘Allahu Akbar’ dan ‘Al-Rahim’ tertulis di dinding luar pondok berkenaan.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman turut menasihati umat Islam di negeri ini agar tidak mudah terpengaru­h serta terpedaya dengan sebarang ajaran yang menyimpang dari fahaman Ahli Sunah Waljamaah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia