Utusan Borneo (Sarawak)

The Reds ‘tutup mulut’ pengkritik

-

MARIBOR, Slovenia: Liverpool mengurangk­an tekanan ke atas pengurusny­a, Jurgen Klopp ketika Roberto Firmino dan Mohamed Salah membantu kelab membelasah Maribor 7-0 dalam aksi Liga JuaraJuara di sini Selasa lepas.

Selepas seri dua perlawanan pertama dan turut hambar dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Liverpool tiba di Slovenia dengan kritikan terhadap pembelian dan taktik Klopp.

Tetapi, anak buah Klopp menunjukka­n sentuhan berbisa di hadapan pintu gol lawan untuk memalukan Maribor di hadapan penyokong mereka sendiri.

Firmino membuka jaringan dan Philippe Coutinho menambah jaringan sebelum Salah menjaringk­an dua gol untuk meletakkan Liverpool 4-0 pada masa rehat perlawanan di Stadion Ljudski Vrt.

Firmino menjaringk­an gol kedua peribadi dan kelima perlawanan, dengan Alex Oxlade- Chamberlai­n dan Trent Alexander-Arnold melengkapk­an jaringan ketika kemenangan besar itu melonjak Liverpool ke tangga teratas Kumpulan E selepas tiga perlawanan.

Selepas hanya satu kemenangan dari lapan perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an, kemenangan besar ini adalah penawar buat Klopp dan anak buahnya selepas menamakan tiga perlawanan tanpa menang.

Sekarang Klopp harus berharap aksi cemerlang itu meraikan perubahan yang diperlukan dalam nasib pasukannya.

“Sikap pemain benar-benar hebat. Kami menjaringk­an gol dan bermain dengan sangat baik,” kata Klopp selepas kemenangan terbesar Liverpool di gelanggang lawan di Eropah.

“Saya tahu pada akhirnya, ia kelihatan Maribor pasukan yang lemah tetapi ia bukan mudah untuk kami juga. Ia adalah prestasi yang lebih matang dari pasukan.”

Keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Manchester United dalam aksi liga Sabtu lepas telah meneruskan trend mengecewak­an Liverpool yang gagal menamatkan saingan lawan walaupun menguasai permainan.

Ketumpulan jentera seran- gan Liverpool membangkit­kan kritikan di atas kegagalan Klopp membeli seorang penyerang berkelas dunia.

Menyedari semua sudah berubah, Klopp pastinya berasa lega melihat pasukannya cukup berbisa di hadapan pintu gol walaupun hakikat Maribor bukan pasukan yang sama seperti Manchester United.

Liverpool dengan pantas menghukum kekurangan pengalaman Maribor di pentas elit bola sepak kelab Eropah dengan membuka jaringan seawal minit keempat.

Salah mempunyai ruang di sayap kiri kotak penalti dan melakukan umpanan cantik kepada Firmino untuk menjaringk­an gol kelima beliau musim ini.

Coutinho menambah jaringan pada minit ke-13 dari satu umpanan James Milner untuk gol kelima beliau musim ini.

Salah menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-19 untuk gol ketujuh beliau musim ini dari umpanan Firmino sebelum menjaringk­an gol kedua peribadi dan keempat pada minit ke-39 dari umpanan Alberto Moreno. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia