Utusan Borneo (Sarawak)

SUSPEK ROMPAK DICEKUP

Pasangan kekasih ditahan di hotel bajet, pisau pemotong kertas turut dirampas.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Sepasang kekasih positif dadah jenis Methamphet­amine ditangkap semalam di sebuah hotel bajet di Jalan Tun Jugah di sini berhubung satu kes rompakan bersenjata yang berlaku awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, suspek lelaki, 15, bersama kekasihnya, 21, ditahan sekitar jam 8.30 pagi hasil risikan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Menurutnya, serbuan diketuai ASP Ooi Jin Bing dan ASP Austin Patrick Angkon itu turut merampas senjata jenis pisau pemotong kertas dipercayai digunakan suspek dalam rompakan tersebut yang menyebabka­n seorang lelaki berusia 22 tahun cedera.

“Anggota kita berjaya menangkap suspek lelaki dari Jalan Padungan dan suspek wanita dari Kampung Tanah Hitam, Lundu.

“Kedua-dua suspek ditahan di sebuah hotel bajet sekitar jam 8.30 pagi (semalam). Turut dirampas dalam serbuan itu ialah satu topi berwarna hitam yang terdapat kesan darah, dipercayai darah mangsa.

“Selain itu, senjata dipercayai digunakan untuk merompak dan menikam mangsa iaitu sebilah pisau pemotong kertas turut dirampas,” kata Abang Ahmad dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Difahamkan, kejadian rompakan itu berlaku pada 2 Oktober lalu ketika mangsa yang berjalan menuju keretanya berhadapan sebuah hotel di Padungan didatangi suspek yang tiba-tiba meminta duit daripadany­a.

“Mangsa kemudian dikatakan memberi RM150 kepada suspek, tetapi suspek tidak puas hati lalu menarik mangsa sehingga berlaku pergelutan dan suspek bertindak menikam mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian.

“Ekoran itu, mangsa segera mendapatka­n bantuan daripada pekerja di hotel berdekatan sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh rakannya yang turut menginap di hotel tersebut,” kata Abang Ahmad.

Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat oleh abang mangsa sebaik sahaja dimaklumka­n mengenai insiden tersebut.

“Mangsa kini dilaporkan stabil, manakala keduadua suspek yang diarahkan menjalani ujian urin didapati positif dadah jenis Methamphet­amine.

“Kedua-dua suspek akan dipohon reman esok (hari ini) untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

 ??  ?? SUSPEK UTAMA: Suspek utama rompakan dieskot ke IPD Kuching semalam untuk siasatan lanjut. BERSUBAHAT: Rakan subahat suspek yang juga teman wanitanya dibawa ke IPD Kuching untuk membantu siasatan.
SUSPEK UTAMA: Suspek utama rompakan dieskot ke IPD Kuching semalam untuk siasatan lanjut. BERSUBAHAT: Rakan subahat suspek yang juga teman wanitanya dibawa ke IPD Kuching untuk membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia