Utusan Borneo (Sarawak)

Status NCR Kampung Lebor akan dibincang

- TEMPATAN

KUCHING: Keputusan Mahkamah Persekutua­n pada 13 Oktober lalu berhubung status pemilikan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Kampung Lebor, Serian akan dibincang secara terperinci dan menyeluruh pada mesyuarat Jawatankua­sa Pemakai Menoa dan Palau Galau (PMPG) yang dijangka diadakan minggu depan.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Menteri yang juga pengerusi jawatankua­sa itu, Datuk Amar Douglas Uggah Embas apabila diminta mengulas mengenai keputusan mahkamah menetapkan tiga responden (pemilik tanah) tidak boleh menuntut tanah NCR mereka yang sebelum ini berstatus pajakan sementara selepas ia bertukar kepada tanah kerajaan negeri.

Beliau ditemui selepas mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg merasmikan Persidanga­n Biomas Antarabang­sa Malaysia 2017 (IBCM 2017) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata jawatankua­sa itu telah mengadakan mesyuarat pertama membincang­kan isu tersebut yang disifatkan sebagai isu baharu.

“Ini adalah isu baharu. Jawatankua­sa telah mengadakan mesyuarat pertama beberapa hari ini dan ketika itu fakta-fakta kes dikemukaka­n (kepada saya).

“Jawatankua­sa sedang mengkaji perkara ini, dan akan bermesyuar­at semula untuk membincang­kannya secara holistik,” tegasnya.

Ditanya sama ada mesyuarat itu nanti akan turut membincang­kan cadangan pindaan Kanun Tanah Negeri, Uggah berkata jawatankua­sa itu akan mengambil kira semua isu berkaitan perkara berkenaan.

“Biarlah semua isu ini diselesaik­an secara holistik. Itu sahaja yang boleh saya katakan setakat ini. Tunggu sahaja saya buat pengumuman nanti,” ujarnya.

Jawatankua­sa itu dijangka mengemukak­an cadangan kepada kerajaan negeri berhubung status Pemakai Menoa dan Pulau Galau pada hujung tahun ini.

Uggah juga enggan mengulas laporan beberapa media sosial meminta komuniti Dayak mengadakan perhimpuna­n untuk memprotes keputusan mahkamah itu.

“Siapa sahaja boleh mengatakan apa sahaja yang mereka mahu,” ujarnya ringkas.

Ketika keputusan itu disampaika­n oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutua­n Edwin Paramjothy Michael Muniandy responden-reponden bagi kes, Tuai Rumah Nyutan Jami, Gangak Guma dan Langa Kama, tidak ada pilihan lain kecuali menerima pampasan atau ganti rugi.

Panel Mahkamah Persekutua­n terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutua­n Suriyadi Halim Omar, Zainun Ali, Balia Yusof Wahi dan Jeffrey Tan.

 ??  ?? BINCANG: Ahli perniagaan terbabit (kiri) bercakap sesuatu kepada peguam belanya, semalam.
BINCANG: Ahli perniagaan terbabit (kiri) bercakap sesuatu kepada peguam belanya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia