Utusan Borneo (Sarawak)

Ayied Saharin jadi artis rakaman selepas hampir satu dekad

Ayied jadi sharin artis rakaman selepas hampir satu dekad

- HIBURAN

Saharin, 25, peserta program realiti Gang Starz musim kedua pada 2008 akhirnya berjaya menghasilk­an single pertama berjudul ‘Serindu’ hasil nukilan komposer Rosli Selasih.

Dilahirkan dalam keluarga seni dengan ibunya Laila Saharin merupakan finalis program realiti Kilauan Emas musim kelima, usahanya untuk menceburi industri muzik tanah air mengambil masa hampir sedekad sebelum dipinang untuk menghasilk­an lagu tersebut.

Anak kelahiran Pasir Gudang, Johor dan membesar di Banting, Selangor, Ayied tidak pernah berputus asa dalam menggilap bakat nyanyianny­a dengan membuat persembaha­n di majlis-majlis perkahwina­n dan makan malam bersama-sama kumpulanny­a yang dikenali sebagai Rancaxx di sekitar Banting.

Malah, beliau yang aktif dalam bidang nyanyian sejak berusia 16 tahun, tidak kisah jika dirinya dianggap sebagai penyanyi jalanan kerana dari situlah katanya, beliau banyak belajar dan mengasah bakat nyanyianny­a sehingga berjaya bergelar artis rakaman.

“Sebenarnya kalau orang kata saya penyanyi jalanan pun saya tak kisah kerana ia juga kerja halal dan bukannya saya merompak. Apa yang penting adalah niat saya untuk tunjukkan anugerah yang Tuhan bagi kepada saya,” katanya selepas menjadi tetamu program ‘Nine 11’ terbitan Bernama News Channel (BNC), baru-baru ini.

“Dari situ jugalah saya mula mengenali komposer Rosli Selasih yang melamar saya untuk menjadi artis rakaman dan kini telah mengeluark­an single pertama berjudul ‘Serindu’ bergenre balada rock,” katanya yang telah lebih setahun bernaung di bawah syarikat pengurusan Kayangan Event Sdn. Bhd. milik Rosli.

Menerusi single ‘Serindu’, Ayied mempertaru­hkan suara serak basah yang dimilikiny­a dengan gabungan melodi serta lirik lagu ciptaan Rosli untuk mendapat tempat dalam kalangan peminat seni.

“Lagu ini mudah dihayati oleh pendengar kerana ia mengisahka­n seorang teruna yang merindui seorang wanita Sabah yang pandai bermain seruling, namun alangkah kecewanya si teruna kerana wanita itu sudah menjadi milik orang,” katanya ketika mengulas mengenai cerita di sebalik lagu itu. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia