Utusan Borneo (Sarawak)

PRS Tamin mahu Entulu kekal di Selangau Tiga sayap PRS Tamin sebulat suara mahu Ahli Parlimen Selangau itu dicalonkan semula pada PRU14

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Arena politik di Selangau bakal bergolak apabila ketiga- tiga sayap Parti Rakyat Sarawak ( PRS) Bahagian Tamin terdiri daripada Jawatankua­sa Induk Wanita dan Pemuda sebulat suara mahu Ahli Parlimen Selangau Datuk Joseph Entulu Belaun dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) nanti.

Timbalan Pengerusi PRS Tamin Augustine Amin, Setiausaha PRS Tamin John Entebong, Ketua Wanita PRS Tamin Liah Umal dan Ketua Pemuda PRS Tamin Hendary Suria Linggang ketika mengeluark­an kenyataan media bersama semalam berkata, Parlimen Selangau buat masa ini tidak memerlukan muka baharu menggantik­an Entulu yang juga timbalan presiden PRS.

“Kami dengan tegas akan menolak dan tidak bersetuju dengan mana- mana muka baharu dicalon di Parlimen Selangau kelak.

“Persetujua­n kami itu telah dibuat berdasarka­n keputusan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PRS Bahagian Tamin baru-baru ini dan ia resolusi penting kami buat pada mesyuarat tersebut,” tegas mereka lagi.

Menurut mereka, semua program dan majlis yang dianjurkan Entulu di kawasan Selangau mendapat sambutan baik rakyat dan ini menunjukka­n beliau masih popular dalam kalangan pengundi di Selangau.

Kami dengan tegas akan menolak dan tidak bersetuju dengan mana-mana muka baharu dicalon di Parlimen Selangau kelak.

Mereka berkata kenyataan dikeluarka­n segelintir pihak baru-baru ini mengenai para pengundi belia yang mengesyork­an agar Entulu digantikan dengan calon baharu adalah andaian dan bersifat peribadi dan bukannya dari sudut yang benar.

“Daripada banyak-banyak program dan majlis yang dihadiri Entulu di Selangau selama ini jelas menunjukka­n beliau masih mendapat sokongan padu daripada rakyat akar umbi.

“Kenyataan yang dikeluarka­n oleh pihak berkenaan itu hanya pandangan peribadi tanpa menilai siapa Entulu dalam kalangan rakyat setempat,” ujar mereka.

Mengenai Rita Insol yang diuar-uar menggantik­an Entulu, mereka sebulat suara membidas serta menolak Rita dan berpendapa­t beliau tidak layak menggantik­an tempat Entulu.

“Sayap Wanita PRS Tamin ingin menjelaska­n di sini bahawa dakwaan Rita bahawa beliau adalah ketua Wanita PRS Tamin adalah satu pembohonga­n besar.

“PRS Tamin tidak pernah menerima pencalonan beliau untuk sebarang jawatan malah PRS Bahagian Tamin tidak pernah menerima permohonan keahlian beliau yang sepatutnya melalui saluran keahlian betul di peringkat bahagian sebelum dilulus oleh ibu pejabat parti,” kata mereka.

Sementara itu, mengenai kenyataan Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar James Masing mengatakan pencalonan semula Ahli Parlimen harus mendapat persetujua­n bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan, mereka berkata:

“Formula sebegini adalah baharu dan tidak pernah dipraktik sebelum ini serta tidak pernah dibincang dengan terperinci oleh badan induk parti atau ibu pejabat parti.

“Sekiranya cadangan Masing ini diterima maka ini akan mewujudkan kes rujukan dan pasti akan menyulitka­n keadaan pada pilihan raya kelak.”

Menurut pemimpin cawangan parti itu, kriteria diperkenal­kan secara spontan begini membayangk­an berlakunya isu ketirisan dan berat sebelah yang akhirnya akan memudaratk­an keharmonia­n parti serta Barisan Nasional (BN).

Jelas mereka, PRS Tamin menolak sesiapa sahaja calon menggantik­an Entulu kerana perkara ini dilihat seolah-olah ‘alasan’ mengetepik­an Entulu tanpa persetujua­n majoriti rakyat.

“Kenyataan dikeluar sebelum ini hanya lebih kepada bersifat peribadi mereka yang berkenaan yang mengatakan pengundi muda mahu muka baharu dicalonkan di Parlimen Selangau,” tegas mereka.

Mereka memberitah­u, PRS Bahagian Tamin masih memerlukan khidmat Entulu kerana beliau masih sihat, aktif dan sering mendapat penghormat­an serta kepercayaa­n kepimpinan tertinggi BN terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetuai misi ke peringkat antarabang­sa.

“Kami anak Selangau tidak mampu kehilangan kedudukan dan jawatan penting disandang Entulu sekarang sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Ini kerana sesiapa sahaja menggantik­an tempatnya, beliau (calon baharu) tidak mungkin akan berada di kedudukan sepertinya. Sejarah banyak membuktika­n bahawa Entulu berkeupaya­an menjadi pemimpin.

“Justeru, selagi beliau mampu selagi itu kami mahu beliau dikekalkan,” tegas mereka.

Sehubungan itu, mereka mahu Masing menghormat­i pilihan rakyat daripada terus membuat keputusan sendiri, lebih kepada bersifat peribadi seterusnya mahu melaga-lagakan rakyat di Selangau.

Augustine Amin Timbalan Pengerusi PRS Tamin

 ??  ?? KEKALKAN ENTULU: Ahli PRS Bahagian Tamin mahu Entulu dikekalkan pada PRU14 ini.
KEKALKAN ENTULU: Ahli PRS Bahagian Tamin mahu Entulu dikekalkan pada PRU14 ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia