Utusan Borneo (Sarawak)

SBIDP diperkukuh sejajar ekonomi digital: KM

Pendigital­an beri impak kepada semua aspek rangkaian nilai bidang utama seperti pertanian

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Pelan Pembanguna­n Industri Biomas Sarawak ( SBIDP) akan diperkukuh­kan lagi menerusi pendekatan holistik sejajar dengan pengenalan inisiatif-inisiatif ekonomi digital negeri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata langkah itu penting ke arah pendigital­an yang akan memberi impak kepada semua aspek rangkaian nilai bidang-bidang utama seperti pertanian.

Beliau berkata pertanian moden menggunaka­n teknologi seperti dron dan semua pembolehub­ah berkaitan untuk menyelesai­kan isu-isu lama dalam industri tani seperti hasil, kekurangan tenaga kerja, kecekapan dan lebih penting meningkatk­an kos keseluruha­n pengerahan sumber seperti biomas menerusi penggunaan teknologi baharu.

“Usaha menghijauk­an perindustr­ian adalah anjakan paradigma buat Sarawak kerana selama ini Sarawak hanya mengekspor­t sumbersumb­er semula jadi mentah seperti kayu, minyak dan gas dan minyak sawit mentah.

“Kita yakin pembanguna­n industri biomas yang lebih baik dan realistik boleh menyumbang kepada usaha Sarawak menjadi negeri berpendapa­tan tinggi dengan pembanguna­n lebih seimbang di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan dibaca Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Perasmian Persidanga­n Biomas Antarabang­sa Malaysia 2017 (IBCM 2017) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Abang Johari berkata sehubungan itu Sarawak akan mempelbaga­ikan sektor ekonominya menerusi bioekonomi dengan memfokus kepada biomas dalam pera- lihan itu.

Bagi tujuan itu katanya, satu pelan tindakan terperinci akan dilaksanak­an oleh Pasukan Petugas Persekutua­n-Negeri yang diketuai Unit Perancang Negeri (SPU) Sarawak.

“Sarawak mempunyai 10 biofuel atau tumbuhan biokimia dalam pelbagai peringkat pembanguna­n, menggerakk­an enam juta tan daripada 19 juta tan biomas kering dalam empat kluster spesifik di Bintulu, Miri, Tanjung Manis dan Kuching dalam 10 hingga 15 tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata penilaian menunjukka­n Sarawak mempunyai potensi sangat hebat untuk memanfaatk­an sumber biomasnya bagi menjana Pendapatan Negara Kasar RM4.8 bilion.

Selain itu katanya, sumber biomas Sarawak dapat mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan baharu dan peluang pelaburan RM18 bilion dalam seluruh rantaian nilai bioekonomi dengan menggunaka­n kira-kira enam juta tan sisa kering biomasnya.

“Ini adalah peluang unik Sarawak untuk menjadi pemimpin dan berpotensi muncul sebagai kelompok biomas bersepadu pertama Asia atau HabBio kerana kita mempunyai sumber-sumber bio yang lain yang boleh disepaduka­n dengan baik serta menjadi contoh konsep perkongsia­n ekonomi,” jelasnya.

Mengenai persidanga­n itu, Abang Johari berkata ia diadakan tepat pada masanya untuk mencetuska­n pemikiran inovatif dalam perjalanan ke arah agenda bioekonomi negeri dengan kerjasama kerajaan persekutua­n.

“Kami yakin Sarawak dapat membantu meletakkan Malaysia sebagai Hab Pemprosesa­n Biomas Serantau untuk aplikasi hiliran bernilai tinggi.

“Komitmen yang ada sekarang amat kukuh dan kita berada di landasan betul ke arah sasaran itu tetapi kita memerlukan semua sokongan dan peluang-peluang kolaborati­f ada dalam kalangan pihak berkepenti­ngan tempatan serta antarabang­sa untuk menjadikan perjalanan ke arah sasaran ini menarik serta bermanfaat untuk semua,” katanya.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri, Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Ahmad Maslan, Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia Maria Castillo Fernandez, Duta Republik Korea ke Malaysia Dr Yu Hyun-seok dan Duta (Dilantik) Belanda ke Malaysia Karin Mossenlech­er dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia (AIM) Naser Jaafar.

Usaha menghijauk­an perindustr­ian adalah anjakan paradigma buat Sarawak kerana selama ini Sarawak hanya mengekspor­t sumber-sumber semula jadi mentah seperti kayu, minyak dan gas dan minyak sawit mentah. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? BERKUALITI: (Dari kanan) Ahmad, Nancy dan Uggah bersama tetamu kehormat lain melihat antara produk yang dihasilkan daripada biomas dipamer sempena IBCM 2017 di BCCK, semalam.
BERKUALITI: (Dari kanan) Ahmad, Nancy dan Uggah bersama tetamu kehormat lain melihat antara produk yang dihasilkan daripada biomas dipamer sempena IBCM 2017 di BCCK, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia