Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan sentiasa adil bantu golongan memerlukan

Rakyat luar bandar diingat terus sokong kerajaan agar terus menikmati bantuan disalurkan

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

LONG LAMA: Rakyat di luar bandar diingatkan agar terus menyokong pentadbira­n kerajaan sekarang di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar dapat terus menikmati bantuan yang disalurkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata kerajaan kini secara konsisten berlaku adil dalam memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Menurutnya, bantuan kepada mangsa banjir yang diberikan kepada rakyat di luar bandar adalah sama kuantitiny­a yang diterima orang lain di seluruh negara.

“Ada sesetengah pihak yang berani mencanang dengan menyatakan mangsa bencana alam di negeri lain selain Sarawak menerima bantuan yang lebih banyak daripada kerajaan. Saya tegaskan di sini perkara terbabit adalah tidak benar.

“Kebiasaann­ya, bantuan yang banyak diterima sesetengah mangsa bencana alam ini adalah sumbangan daripada syarikat korporat melalui tanggungja­wab sosial korporatny­a,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Bagi Mangsa Banjir Tidak Berpindah Daerah Telang Usan 2017 di Dewan Komuniti Long Lama kelmarin.

Seramai 600 keluarga di daerah Telang Usan masingmasi­ng menerima bantuan banjir sebanyak RM500 yang disampaika­n oleh Dennis pada majlis tersebut.

Keluarga berkenaan terdiri dari mereka yang tinggal di rumah panjang di Ulu Baram dan DUN Telang Usan termasuk Long Lama, Long Puak, Sungai Dua, Long Bemang, Long Ikang, Long Laput, Long Moh, Klinik Long Bemang, SK Long Bemang, Long Bedian, Long Atip, Long Daloh dan Long Buang yang terjejas banjir pada September dan awal Oktober lepas.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Doh Kayan Telang Usan Temenggung Elizabeth Deng, Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai, Setiausaha Politik Ketua Menteri Charles Balan Seling dan Ketua Perkhidmat­an Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri Sharifah Jeliaha Wan Abdullah.

Jelas Dennis lagi, rakyat diharap bersyukur dengan bantuan diberikan kerajaan ini walaupun ia sebenarnya tidak mencukupi bagi menampung kerugian harta benda yang dialami semasa banjir.

Selain itu, Ketua Kampung dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di DUN Telang Usan diingatkan agar mengambil tindakan segera dengan melaporkan kepada pejabat daerah jika berlaku bencana alam di kawasan mereka.

Ada sesetengah pihak yang berani mencanang dengan menyatakan mangsa bencana alam di negeri lain selain Sarawak menerima bantuan yang lebih banyak daripada kerajaan. Saya tegaskan di sini perkara terbabit adalah tidak benar. Dennis Ngau ADUN Telang Usan

 ??  ?? BANTUAN: Dennis (empat kiri) menyampaik­an bantuan banjir kepada penerima.
BANTUAN: Dennis (empat kiri) menyampaik­an bantuan banjir kepada penerima.
 ??  ?? HARGAI: Gerawat (berdiri, tengah) bersama Platun RELA Kuala Tutoh dan penduduk Kampung Kuala Tutoh daripada suku kaum Kiput.
HARGAI: Gerawat (berdiri, tengah) bersama Platun RELA Kuala Tutoh dan penduduk Kampung Kuala Tutoh daripada suku kaum Kiput.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia