Utusan Borneo (Sarawak)

Orang Ulu perlu ubah minda demi pembanguna­n konstituen­si Baram

-

MIRI: Masyarakat Orang Ulu di Baram perlu mengubah minda dan pemikiran dengan menjalin kerjasama dalam merealisas­i program pembanguna­n di konstituen­si Baram.

Ahli Parlimen Baram Anyi Nyau berkata, Orang Ulu tidak dapat maju ke hadapan jika tidak terlibat sama dalam arus perdana pembanguna­n.

“Kita perlu menyertai arus perdana pembanguna­n dan kerajaan sedia ada hari ini sentiasa menyokong kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Lio Mato di Ulu Baram baru-baru ini.

Anyi menekankan bahawa amat penting bagi setiap komuniti khususnya kumpulan etnik yang ada di Baram bekerjasam­a dengan kerajaan bagi memastikan program transforma­si dapat berjalan dengan lancar.

“Sebagai seorang wakil rakyat, saya amat bersyukur kerana komuniti Penan di sini tidak pernah dipinggir kerajaan atau menerusi mana-mana program anjuran kerajaan, sekali gus membantu membuka minda dan membangunk­an mereka,” katanya.

Malah pada masa sama katanya, melalui kerjasama erat dijalin dengan agensi kerajaan, mereka berpeluang menikmati pelbagai faedah pembanguna­n termasuk bantuan diberi kerajaan.

“Saya juga amat gembira menyaksika­n beberapa kawasan penempatan Penan, kini sudah semakin menerima kerajaan dan kerjasama dengan kerajaan.

“Ini dibuktikan dengan kehadiran anda yang datang pada majlis ini hari ini dan ia menunjukka­n bahawa kita sudah ada ikatan kerjasama dan kepercayaa­n kuat ketika ini,” tambahnya.

Pada majlis yang sama, sesi tersebut melibatkan 17 perkampung­an dengan majoriti penduduk mengutarak­an isu berkaitan keperluan yang harus diberi perhatian oleh wakil rakyat.

Kebanyakan mereka meminta pembanguna­n infrastruk­tur asas lebih baik, terutama jalan menuju ke kampung atau rumah panjang mereka.

Masyarakat Penan di Lio Mato turut meminta Anyi menyediaka­n mereka bahan- bahan binaan rumah seperti atap zink.

Anyi pula dalam maklum balasnya berkata akan melakukan yang terbaik untuk membantu masyarakat Penan di situ, agar semua orang tidak berasa terpinggir dalam semua program pembanguna­n.

Program berkenaan dianjurkan oleh Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Lio Mato.

Lebih 250 orang dari 17 rumah panjang kaum Penan dan Kenyah menghadiri sesi dialog sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu.

 ??  ?? MESRA: Anyi (kanan) berjabat tangan dengan penduduk rumah panjang, sejurus tiba di Kampung Lio Mato di Ulu Baram, baru-baru ini.
MESRA: Anyi (kanan) berjabat tangan dengan penduduk rumah panjang, sejurus tiba di Kampung Lio Mato di Ulu Baram, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia