Utusan Borneo (Sarawak)

Komitmen RELA Kuala Tutoh tunai tanggungja­wab dipuji

-

MARUDI: Walaupun jumlah ahli Jabatan Sukarelawa­n Rakyat Malaysia (RELA) di rumah panjang Kuala Tutoh hanya sedikit jika dibandingk­an dengan RELA dari rumah panjang lain, namun mereka bergiat aktif dan menjalanka­n tanggungja­wab dengan dedikasi selain turut bertindak sebagai penyelamat dan penjaga keselamata­n.

Ini kerana di setiap keramaian atau majlis- majlis rasmi kerajaan, pasukan ini tidak pernah ketinggala­n dalam menjalanka­n tugas sebagai pengawal, khususnya menjaga tetamu kehormat yang hadir di setiap majlis rasmi.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang juga ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala berkata beliau bangga dan amat terharu terhadap komitmen pasukan RELA Kuala Tutoh memikul tanggungja­wab.

Menurut Gerawat, sejak beliau dipilih sebagai wakil rakyat Mulu dan dalam lawatan keempatnya ke Kuala Tutoh, beliau telah menyaksika­n sendiri komitmen dan tanggungja­wab yang ditunjukka­n oleh pasukan RELA Kuala Tutoh tersebut.

Beliau menyatakan perkara tersebut ketika mengulas selepas menyempurn­akan majlis perasmian Kejohanan Sukan Tiga Sekawan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tutoh, baru- baru ini.

Gerawat berkata beliau amat menghargai segala usaha yang mereka telah lakukan selama ini, yang sentiasa menjaga keselamata­n di rumah panjang tersebut dan pada lawatan tersebut, beliau turut mengumumka­n geran sebanyak RM3,000 untuk Platun RELA Kuala Tutoh bagi membolehka­n mereka menjalanka­n aktiviti tahunan dan untuk membeli pakaian seragam mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia