Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya seorang tuai rumah bagi setiap rumah panjang, kata Joseph Salang

-

JULAU: Hanya seorang sahaja dibenarkan dan layak menjadi ketua atau tuai rumah bagi setiap rumah panjang, kata Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang ( gambar).

Jelasnya, sangat menyedihka­n apabila terdapat lebih daripada seorang individu menuntut jawatan sama dalam satu rumah panjang.

Ujarnya, ini secara tidak langsung akan mempengaru­hi perpaduan, keharmonia­n dan hubungan mereka dalam rumah panjang berkenaan.

“Kami ada mendengar insiden rumah panjang ter- bahagi kepada dua apabila penduduk membina dinding di bahagian ruai dan beranda dengan tujuan memisahkan diri dengan puak penyokong lain.

“Perbuatan seperti ini perlu dihentikan,” katanya dalam satu majlis yang diadakan di daerah berkenaan kelmarin.

Menurut Salang, mereka atau individu bercita- cita menjadi pemimpin mesti mendapat sokongan rakyat selain turut dipersetuj­ui oleh penghulu dan pejabat daerah kawasan masing-masing.

“Keputusan akhir men- genai pelantikan tuai rumah akan diputus pegawai daerah. Jika anda melantik diri sendiri sebagai tuai rumah tanpa kelulusan kerajaan maka jawatan itu tidak diiktiraf dan tidak layak menerima elaun bulanan,” katanya.

Jelas beliau, hanya mereka yang benar-benar berdedikas­i, komited dan disukai rakyat layak dipertimba­ng menjadi tuai rumah.

“Kita tidak mahu memiliki tuai rumah yang hanya mahukan jawatan tetapi tidak komited dalam menjalanka­n tanggungja­wab,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia