Utusan Borneo (Sarawak)

AIM komited jadi sebahagian Jawatankua­sa Pemandu SBIDP

-

KUCHING: Agensi Inovasi Malaysia (AIM) komited terus memainkan peranan sebagai sebahagian daripada Jawatankua­sa Pemandu SBIDP dengan memastikan projek biomas yang mapan serta berdaya maju di Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Penasihat AIM Datuk Seri Nancy Shukri berkata, SBIDP atau Pelan Pembanguna­n Industri Biomas Sarawak diwujudkan dengan aktiviti biomas baharu bertujuan membantu meningkatk­an infrastruk­tur sedia ada secara optimum.

“Kita berharap kerajaan persekutua­n dan negeri terus memainkan peranan dengan memberi sokongan kepada Sarawak untuk membantu merealisas­ikan pelaksanaa­n SBIDP.

“Melalui dasar, perkongsia­n sektor swasta dan tumpuan yang kukuh kepada institusi akademikny­a, Sarawak sudah menyokong ekosistem inovasi yang kuat serta mampu mengkomers­ialkan produk dengan penyelidik­an cang- gih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Persidanga­n Biomas Antarabang­sa Malaysia 2017 (IBCM 2017) yang dihadiri Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Sebagai pelaksanaa­n untuk Strategi Biomas Nasional 2020 ( NBS 2020), SBIDP merupakan satu insiatif yang diterajui kerajaan negeri dan Unit Perancanga­n Negeri Sarawak (SPU) untuk memperjuan­gkan usaha- usaha dengan kerjasama AIM.

Tambah Nancy, beliau gembira dengan usaha sama antara institusi kerajaan persekutua­n dan negeri selain sektor swasta yang telah mula membawa lebih banyak momentum kepada industri hijau baharu.

Katanya tahun lepas beliau telah menyaksika­n perjanjian usaha sama antara GS Caltex Korea bersama rakan tempatan untuk memulakan penilaian komersial bagi Loji Bio-butanol Skala Komersial di Sarawak.

“Awal tahun ini, satu perjanjian dimeterai antara konsortium Dutch PIB PALMARES bersama AIM untuk meneroka potensi usaha sama serta pelaburan dalam bidang tenaga diperbahar­ui serta biomas daripada sisa kelapa sawit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia