Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak, Sabah jadi hab pemprosesa­n biomas

Berpotensi jadi pemain utama berdasarka­n jumlah biomas yang ada pada kedua-dua negeri

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Sarawak dan Sabah mempunyai kriteria menjadi pemimpin serantau sekali gus menjadi hab pemprosesa­n biomas utama di rantau ini.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan berkata, Sarawak dan Sabah mempunyai potensi besar untuk menjadi pemain utama dalam industri melihat kepada jumlah biomas yang ada pada kedua-duanya.

“Dengan kekayaan sumber, lokasi strategik, modal insan berkemahir­an serta infrastruk­tur yang mantap, Malaysia terutama Sarawak dan Sabah mempunyai semua kriteria berkenaan untuk menjadi pemimpin serantau dan menjadi hab pemprosesa­n biomas utama.

“Peluang-peluang ini jelas digariskan dalam Pelan Pembanguna­n Industri Biomas Sarawak dan Sabah (SBIDP) dan kedua- duanya mempunyai potensi besar untuk menjadi pemain utama dalam industri melihat kepada jumlah biomas yang ada,” katanya dalam ucaptama sempena Persidanga­n Biomas Antarabang­sa Malaysia 2017 (IBCM 2017) yang dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK) di sini, semalam.

Tambah Ahmad, industri biomas untuk tahun-tahun lalu telah ditetapkan sebagai salah satu tonggak utama bagi bioekonomi yang mampan dan Malaysia telah mendapat pengiktira­fan antarabang­sa sebagai salah satu destinasi pilihan untuk industri ini.

“Namun pada masa yang sama kerajaan komited untuk terus meningkatk­an ekosistem kerana ia menjadi bidang pertumbuha­n masa depan Malaysia.

“Kita ingin melihat lebih banyak lagi syarikat meneroka perniagaan biomas bernilai tinggi dan pada masa yang sama mampu menjadi mapan, berjaya dan berdaya saing di peringkat global,” tegasnya.

Ahmad berkata, dari tahun 2011 hingga 2016, Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan sebanyak 226 projek biomas dengan pelaburan bernilai RM2.29 bilion.

Daripada jumlah itu 67.5 peratus atau RM1.97 bilion adalah daripada sumber domestik sementara bakinya 32.5 peratus adalah sumber asing.

“Penerima utama bagi ke- lulusan pelaburan ini adalah Johor dengan nilai pelaburan RM733 juta, diikuti Selangor (RM571 juta) dan Sabah ( RM472 juta) manakala Sarawak berada di kedudukan kesembilan dengan 20 projek biomas diluluskan dengan nilai RM93 juta,” katanya.

Kini ujarnya, kerajaan menerima beberapa banyak tarikan daripada Jepun, Ko- rea, China dan Eropah untuk bekerjasam­a dengan syarikat Malaysia yang menjalanka­n aktiviti biomas.

“Bagi pemain industri tempatan seperti Samling Group, Shin Yang, WTK, KTS, Ta Ann dan Rimbunan Hijau harus memanfaatk­an peluang ini melalui usaha sama dengan pemain antarabang­sa dalam aktiviti produk berkualiti tinggi,” jelas Maslan.

Mengulas lanjut beliau berkata syarikat yang melakukan projek teknologi hijau dan menjalanka­n perkhidmat­an yang menyokong pelaksanaa­n projek berkenaan termasuk biomas boleh dipertimba­ng untuk pengecuali­an cukai korporat iaitu cukai Pioneer Status atau Elaun Cukai Pelaburan.

“Insentif ini adalah tambahan kepada pengecuali­an duti untuk pengimport­an bahan mentah dan komponen, mesin dan peralatan,” katanya.

Sementara itu lebih 900 perwakilan daripada beberapa negara menghadiri Persidanga­n Biomas Antarabang­sa Malaysia 2017 (IBCM 2017) yang bermula semalam.

IBCM 2017 selama dua hari iaitu 19 hingga 20 Oktober itu bertemakan Revolusi Industri Biomas 4.0: Ekonomi Berpanduka­n Inovasi Berasaskan Bio dan disertai wakil dari Australia, Singapura, Amerika Syarikat, Belanda, Korea Selatan, Denmark dan Jepun.

Dengan kekayaan sumber, lokasi strategik, modal insan berkemahir­an serta infrastruk­tur yang mantap, Malaysia terutama Sarawak dan Sabah mempunyai semua kriteria berkenaan untuk menjadi pemimpin serantau dan menjadi hab pemprosesa­n biomas utama. Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri

 ??  ?? MEJA BULAT: Ahmad (kanan) bersama wakil-wakil dari negara lain yang menyertai IBCM 2017 sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat Meja Bulat selepas menyampaik­an ucaptama persidanga­n.
MEJA BULAT: Ahmad (kanan) bersama wakil-wakil dari negara lain yang menyertai IBCM 2017 sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat Meja Bulat selepas menyampaik­an ucaptama persidanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia