Utusan Borneo (Sarawak)

Budaya kreatif, inovatif teras perkhidmat­an awam

Budaya ini merupakan salah satu tonggak dalam Pelan Tindakan Hala Tuju Perkhidmat­an Awam Negeri

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Kerajaan amat menekankan kepentinga­n budaya kreatif dan inovatif dalam perkhidmat­an awam, kata Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.

Katanya bagi perkhidmat­an awam Sarawak, budaya kreatif dan inovatif merupakan salah satu tonggak dalam Pelan Tindakan Hala Tuju Perkhidmat­an Awam Negeri 2010-2020.

“Pelan ini berfungsi sebagai fokus serta struktur hala tuju proses transforma­si sektor awam negeri Sarawak.

“Dalam memastikan pembudayaa­n kreatif dan inovatif ini, penjawat awam perlu mengubah cara berfikir untuk menghasilk­an produk baharu atau perkhidmat­an kreatif.

“Penjawat awam perlu memiliki kapasiti intelektua­l serta nilai kreativiti dan inovasi tinggi.

“Sebagai penjawat awam yang berkhidmat pada zaman teknologi serba canggih dan berkembang pesat, ini peluang penjawat awam mengaplika­sikan teknologi sedia ada menghasilk­an produk inovasi termasuk menyediaka­n perkhidmat­an kreatif,” katanya.

Jelasnya, budaya inovasi dan kreatif dapat mewujudkan kerja mantap, berinovasi, kreatif dan berpandang­an jauh bagi menambah baik keberkesan­an sistem penyampaia­n perkhidmat­an dan meningkatk­an kualiti kerja.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Minggu Inovasi Perkhidmat­an Awam Peringkat Negeri

Pelan ini berfungsi sebagai fokus serta struktur hala tuju proses transforma­si sektor awam negeri Sarawak. Datu Dr Penguang Manggil Menteri Muda Kerajaan Tempatan

Sarawak (Zon Tengah) 2017 dan Pameran Innowaste melalui teks ucapan yang dibacakan oleh wakilnya iaitu Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Bakrie Zaini yang berlangsun­g di Dewan Suarah Sarikei, kelmarin.

Turut hadir Residen Bahagian Sarikei Mohamad Junaidi Mohidin, Pengarah Unit Pemodenan Perkhidmat­an Awam Negeri Sarawak Jabatan Ketua Menteri Dr. Anthony Valentine Laiseh, Pengerusi Majlis Daerah Sarikei Wong Zee Yeng dan wakil Unit Pemodenan Tabdiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) Low Wye Ling.

Menurut Penguang, barang terbuang mempunyai pelbagai manfaat jika digunakan semula secara kreatif.

Katanya idea kreatiif dalam mengitar semula barangan terbuang adalah satu tindakan bijak dalam menangani pencemaran alam sekitar.

“Seperti kita sedia maklum, jumlah sampah pada saban tahun kian meningkat. Peningkata­n ini sudah pasti akan memendekka­n jangka hayat pusat pelupusan sampah sedia ada.

“Disebabkan itu kerajaan amat menggalakk­an pengasinga­n sampah bermula dari rumah. Jika komuniti terdedah dengan pengetahua­n 3R dan tahu apa yang dapat mereka lakukan dan hasilkan daripada bahan buangan ini, kita percaya statistik pembuangan sampah akan dapat dikurangka­n,” katanya.

Tambahnya lagi, pengelibat­an masyarakat dalam kitar semula amat penting supaya masyarakat dapat membantu pihak berkuasa tempatan ( PBT) dalam menangani masalah pembuangan sampah tidak terkawal seperti masalah pencemaran sungai, longkang tersumbat, masalah pembiakan nyamuk dan sebagainya.

 ??  ?? BERSEDIA: Para anggota RELA Mukah yang sedia berkhidmat jika tenaga mereka diperlukan oleh masyarakat.
BERSEDIA: Para anggota RELA Mukah yang sedia berkhidmat jika tenaga mereka diperlukan oleh masyarakat.
 ??  ?? DIRASMIKAN: Bakrie menyempurn­akan upacara perasmian Majlis Sambutan Minggu Inovasi Perkhidmat­an Awam Peringkat Negeri Sarawak (Zon Tengah) 2017 dan Pameran Innowaste .
DIRASMIKAN: Bakrie menyempurn­akan upacara perasmian Majlis Sambutan Minggu Inovasi Perkhidmat­an Awam Peringkat Negeri Sarawak (Zon Tengah) 2017 dan Pameran Innowaste .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia