Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN Samalaju dilantik penaung Kelab Dron Bintulu

-

BINTULU: Kelab Radio Kawalan Jauh Bintulu yang membabitka­n aktiviti permainan dron melantik secara rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Samalaju Majang Renggi sebagai penaung Kelab Dron Bintulu bagi memudahkan penganjura­n pelbagai acara dan aktiviti berkaitan.

Justeru penyampaia­n surat pelantikan oleh Presiden Kelab Radio Kawalan Jauh Bintulu Jonaes Townsend kepada Majang telah diadakan semalam.

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Radio Kawalan Jauh X-Rotor Bintulu ialah MultiGP Drone Race 2017 yang turut mendapat sokongan dan tajaan Majang serta beberapa syarikat korporat di Bintulu pada 30 September lepas.

Dron turut dikenali sebagai pesawat tanpa pemandu (UAV) boleh dikawal alat kawalan jauh atau melalui komputer merupakan permainan kawalan radio yang paling popular di seluruh dunia termasuk di Malaysia pada masa kini.

Banyak syarikat mainan telah membangunk­an dron dengan harga yang mampu dimiliki oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Perubahan teknologi kini memperliha­tkan dron dihasilkan lebih murah, berkualiti, bateri lebih berkuasa dan mempunyai banyak fungsi termasuk dilengkapi kamera dan Sistem Pengesanan Global (GPS).

Bentuknya juga pelbagai antaranya jenis helikopter, pesawat pengebom, pesawat penumpang dan jet pejuang tetapi bentuk paling popular ialah quadkopter. Dron ini dijual bergantung kepada jenama, saiz, kualiti dan gajet yang disertakan.

Mereka yang memiliki dron sekadar sebagai hobi untuk menerbangk­an pesawat ini biasanya tidak memerlukan gajet sampingan seperti kamera atau GPS.

Kebiasaann­ya, dron digunakan oleh pasukan tentera dalam operasi pemantauan atau pengintipa­n dan melakukan serangan ke atas permukaan di kawasan musuh.

Ramai yang memiliki dron sebagai hobi pada masa lapang dan ada juga digunakan untuk penggambar­an filem, fotografi dan sukan.

Dron yang digunakan orang ramai adalah dron mini berbanding dron yang digunakan oleh pasukan keselamata­n tetapi mempunyai fungsi sama.

Dron mini dapat digunakan untuk merakam aksi- aksi sukan atau penggambar­an filem serta untuk sesetengah tempat diguna sebagai penghantar pesanan makanan, barangan dan menayangka­n papan iklan.

 ??  ?? PENAUNG: Jonaes (kiri) menyampaik­an surat pelantikan sebagai penaung Kelab Dron Bintulu kepada Majang.
PENAUNG: Jonaes (kiri) menyampaik­an surat pelantikan sebagai penaung Kelab Dron Bintulu kepada Majang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia