Utusan Borneo (Sarawak)

Chong dakwa perancanga­n, pengurusan ekonomi BN lebih buruk berbanding PH

-

KUCHING: Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen semalam mendakwa bahawa perancanga­n dan pengurusan ekonomi dilaksanak­an Barisan Nasional (BN) Sarawak lebih buruk berbanding kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang.

Chong yang memetik statistik daripada Jabatan Statistik Kebangsaan berkata, Pulau Pinang mempunyai purata pendapatan isi ru- mah bulanan dan pendapatan isi rumah pertengaha­n (median) yang lebih tinggi berbanding Sarawak.

Statistik mendedahka­n bahawa purata pendapatan isi rumah bulanan bagi Pulau Pinang pada 2016 adalah RM6,771 dan pendapatan isi rumah median adalah RM5,409 sementara Sarawak purata isi rumah bulanan adalah RM5,387 dan RM4,163 bagi pendapatan isi rumah median.

Purata pendapatan isi rumah bulanan Pulau Pinang adalah kira- kira 25 peratus lebih tinggi daripada Sarawak sementara pendapatan isi rumah median Pulau Pinang kia- kira 30 peratus lebih tinggi daripada Sarawak.

Purata pendapatan isi rumah adalah kadar pendapatan bulanan setiap isi rumah sementara pendapatan isi rumah median adalah pendapatan majoriti isi rumah.

“Pendapatan isi rumah median Pulau Pinang yang lebih tinggi 30 peratus daripada Sarawak bermakna bahawa lebih daripada 50 peratus daripada keluarga di Pulau Pinang mempunyai pendapatan 30 peratus lebih tinggi daripada keluarga di Sarawak.

“Ia merupakan perbezaan besar dari segi pendapatan isi rumah,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, semalam.

Chong menegaskan bahawa perbezaan itu lebih signifikan apabila mengambil kira dari segi sumber semula jadi yang ada di kedua-dua negeri, yang mana Pulau Pinang tidak mempunyai sumber asli berbanding Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa itu berkata, royalti minyak dan gas menghasilk­an lebih daripada RM1.5 bilion bagi Sarawak sementara perlombong­an dan kuari menjana RM23 bilion untuk Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2016.

Beliau mendakwa, industri perkayuan pula menghasilk­an pendapatan eksport sebanyak RM7 bilion setiap tahun.

“Jika kerajaan negeri dapat menguruska­n ekonomi seperti Kerajaan Pulau Pinang dengan tambahan pendapa- tan yang dihasilkan daripada sumber semula jadi, setiap keluarga di Sarawak mempunyai pendapatan tinggi dengan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan,” kata Chong.

Sehubungan itu beliau menggesa agar liberalisa­si dan sosialisas­i dalam sumber semula jadi negeri harus ada bagi membolehka­n semua rakyat Sarawak mendapat manfaat sepenuhnya daripada kekayaan negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia