Utusan Borneo (Sarawak)

Penyertaan RELA di Mukah membanggak­an

-

MUKAH: Penyertaan sukarelawa­n melalui keahlian anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) khususnya bagi daerah Mukah amat membanggak­an.

Pegawai RELA Daerah Mukah Shazali Sulaiman berkata semangat kesukarela­an terutama di peringkat akar umni sangat membanggak­an.

“Setakat ini kita bangga dengan peryertaan teru- tama dengan keahlian di beberapa kampung di Mukah,” katanya pada Kursus Pengenalan RELA 2/2017 di Dewan Masyarakat Kampung Tabau, Mukah barubaru ini.

Menurutnya, penyertaan keanggotaa­n dalam RELA sangat digalak bagi membantu kerja kesukarela­an di samping menjaga keamanan terutama di peringkat dikehendak­i dan bukan hanya bergantung di peringkat kampung sahaja.

Apalagi penyertaan daripada kaum Cina, penyertaan harus digandakan jika menyentuh mengenai keahlian.

“Melalui penyertaan ini, saya berharap setiap anggota RELA yang diberi sijil akan memberi perkhidmat­an terbaik,” jelasnya.

Pada kursus berkenaan, Shazali turut menyampaik­an taklimat mengenai keang- gotaan RELA kepada 103 peserta terdiri daripada ahli RELA baharu dan anggota lama.

Taklimat turut merangkumi insurans hayat yang layak diperolehi para ahli melalui keahlian pada masa kini oleh Penolong Pegawai RELA Daerah Mukah Awang Abdul Rahman Awang Sahjiri.

Selain penyampaia­n hadiah keanggotaa­n serta keahl- ian, turut diadakan adalah cabutan bertuah kepada para hadirin.

Turut hadir Pegawai Tadbir/Operasi (PT/O) Norliza Matin, ARP Mohd Fadillah Amrie Mohmod, Ketua Perhubunga­n RELA Kawasan (KPRK) Ulai Sukup, KPRK Mustapha Jelihi, KPRK Komeng Bakar, KPRK Kaderi Yaman, KPRK Razali Zawaai dan Ketua Kampung Tabau Merpaty Tamadee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia