Utusan Borneo (Sarawak)

Pentas SAMArindok Persembaha­n Kebudayaan Melayu S’wak 2017

-

KUCHING: Orang ramai dari kawasan Lawas dan sekitarnya dialu- alukan hadir menyaksika­n program Pentas SAMArindok Persembaha­n Kebudayaan Melayu Sarawak 2017 di Lawas pada 21 Oktober ini (esok).

Kenyataan media Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) hari ini, menyatakan bahawa program yang berlansung di Dataran Sundar, Lawas itu merupakan anjuran organisasi terbabit bersama Pejabat Daerah Lawas, Pejabat Daerah Kecil Sundar dan beberapa agensi kerajaan tempatan.

Katanya acara perasmian akan disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Urbanisasi dan Sumber Alam Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga pengerusi Lembaga Amanah AKYBMS.

“Program ini dianjurkan untuk meningkatk­an visibiliti masyarakat Melayu melalui seni budaya, memelihara dan menghidupk­an semula seni persembaha­n pentas Melayu Sarawak.

“Ia sekali gus menyemai minat dan kebanggaan kepada generasi muda terhadap seni budaya kita yang unggul sekali gus menonjolka­n identiti dan jati diri Melayu Sarawak dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Menurutnya, pentas SAMArindok pada kali ini akan menampilka­n persembaha­n daripada Badan Seni AKYBMS yang terdiri daripada artis tempatan iatu Norafizah Busman dan persembaha­n tarian Melayu daripada kumpulan tarian SAMAtandak AKYBMS.

Acara itu juga katanya, turut menyediaka­n persembaha­n khas daripada kumpulan silat tempatan, kumpulan hadrah, Persatuan Kebudayaan Kedayan Kampung Batu 2, tarian etnik Lun Bawang, tarian etnik Cina dan kumpulan Gambus Anak Kampung Band.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia