Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar Nelayan Buntal, Bako paling aktif

Kedua-dua pasar ini dikenal pasti sebagai pasar jual hasil laut paling aktif di M’sia

- Oleh Marlinda Mardzuki

SANTUBONG: Dua pasar nelayan dari kawasan Parlimen Santubong iaitu Pasar Nelayan Buntal dan Pasar Nelayan Bako dikenal pasti sebagai pasar yang menjual hasil laut paling aktif di negara ini.

Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sarawak Nik Rashid Nik Jusoh memaklumka­n bahawa dua pasar nelayan dari kawasan Parlimen Santubong itu adalah di bawah pengurusan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Buntal.

“Kedua-dua pasar ini dikatakan aktif bukan sahaja di Sarawak malah Malaysia kerana ia berjaya mencatat hasil jualan laut sebanyak RM2 juta setahun selain bilangan pelanggan yang tinggi.

“Syabas kepada pihak pengurusan PNK Buntal dan ahli-ahli nelayan atas usaha mereka ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika menyempurn­akan Majlis Penyampaia­n Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) secara tunai untuk PNK Buntal di Dewan Sri Buntal di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi PNK Buntal Drahman Amat.

Seramai 346 nelayan menerima bantuan masing-masing dengan jumlah keseluruha­n RM99,600.

Majlis sama turut menyaksika­n penyampaia­n peralatan bantuan NKRA-Tani kepada 13 penerima merangkumi enjin sangkut dan bot bagi tahun ini.

Bercakap mengenai ESHN, Nik berkata bantuan itu diwujudkan untuk membantu meringanka­n beban golongan nelayan ketika menghadapi krisis ekonomi.

Menurut beliau, dalam tempoh 2008 hingga 2016, kerajaan telah memperuntu­kkan RM131 juta untuk bantuan itu bagi seluruh negeri Sarawak.

“Daripada jumlah ini, sebanyak RM14 juta telah kami salurkan kepada golongan nelayan di PNK Buntal. Pemberian bantuan ini membuktika­n komitmen kerajaan membantu nelayan dalam apa sahaja cara,” katanya.

 ??  ?? BANTU NELAYAN: Nik menyampaik­an bantuan ESHN secara tunai untuk PNK Buntal di Dewan Sri Buntal, Santubong.
BANTU NELAYAN: Nik menyampaik­an bantuan ESHN secara tunai untuk PNK Buntal di Dewan Sri Buntal, Santubong.
 ??  ?? DRAHMAN
DRAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia