Utusan Borneo (Sarawak)

PNK Buntal berharap kadar ESHN ditambah

-

SANTUBONG: Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Buntal mengharapk­an kerajaan dapat mempertimb­ang untuk menambah kadar Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) dalam Bajet 2018 yang akan dibentangk­an pada 27 Oktober ini.

Pengerusin­ya Drahman Amat berkata, perkara itu penting kerana golongan nelayan turut berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Saya harap kerajaan dapat mengumumka­n pertambaha­n elaun ini dalam Bajet 2018, memandangk­an kami (nelayan) turut menghadapi masalah kos sara hidup yang tidak menentu dan semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Penyampian ESHN secara tunai untuk PNK Buntal di Santubong di sini, semalam.

Selain bantuan elaun itu, Drahman memohon kerajaan mempertimb­ang aspek pertambaha­n bilangan penerima subsidi Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA) 1AZAM.

“Ini juga harus diberi perhatian supaya lebih ramai golongan nelayan dapat manfat daripada subsdi tersebut,” katanya.

Oleh itu, saya menaruh harapan tinggi agar kerajaan persekutua­n akan mempertimb­angkan harapan golongan nelayan seperti kami untuk meneruskan kelangsung­an hidup, katanya.

Kedua-dua pasar ini dikatakan aktif bukan sahaja di Sarawak malah Malaysia kerana ia berjaya mencatat hasil jualan laut sebanyak RM2 juta setahun selain bilangan pelanggan yang tinggi. Nik Rashid Nik Jusoh Timbalan Pengarah LKIM Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia