Utusan Borneo (Sarawak)

Nelayan sambut baik operasi APMM di perairan Mukah

-

MUKAH: Kehadiran anggota Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) yang beroperasi secara rasmi di perairan Mukah pada 12 Oktober lalu disambut baik oleh warga nelayan di sini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Mukah Ali Hamid berkata, pihaknya kini berasa lebih selamat ketika mencari rezeki di perairan Mukah berbanding dahulu.

“Kini kami rasa lebih selamat berbanding dahulu ketika belum ada operasi APMM secara rasmi,” katanya kepada Utusan Borneo.

Ini katanya, melihat daripada dua aspek iaitu daripada aspek keselamata­n nelayan jika mengalami apa-apa bencana atau kemalangan di laut di mana mereka boleh diselamatk­an oleh pihak APMM dengan cepat.

APMM juga jelasnya, mengakui dengan pengoperas­ian secara rasmi di Mukah, bagi membolehka­n mereka memberikan tindak balas secepat mungkin, tidak seperti sebelumnya.

“Satu lagi, pihak APMM boleh pantau perairan kita daripada penceroboh­an nelayan-nelayan asing,” katanya.

Menurut Ali, kini nelayan sepertinya yang menggunaka­n pukat dalam dialek di sini dipanggil ‘panau’ amat merasai kekurangan hasil tangkapan ikan berbanding dua atau tiga tahun lepas.

Ini katanya mungkin berpunca daripada kerakusan nelayan asing merompak hasil laut di perairan berkenaan.

Ditanya mengenai kekurangan hasil jualan tangkapan ikan sejak dua hari di pasar ikan Mukah, beliau turut menyatakan ramai nelayan tempatan tidak turun ke laut.

“Ada amaran laut bergelora dan angin kencang yang berbahaya bagi bot-bot kecil, sebab itu ramai tidak turun ke laut,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia