Utusan Borneo (Sarawak)

Kampung Budaya Orang Ulu tarikan ‘Taste of Borneo 2017’

-

MIRI: Kampung Budaya Orang Ulu akan menjadi antara tarikan karnival makanan dan kebudayaan ‘Taste of Borneo 2017’ yakan berlangsun­g di pekarangan parkir pusat beli-belah Boulevard pada 24 November hingga 3 Disember kelak.

Pengerusi penganjur karnival Harry Lee berkata, kampung budaya tersebut bertujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai suasana budaya masyarakat Orang Ulu yang ada di negeri ini.

“Kampung budaya tersebut antara daya tarikan kami mempromosi perpaduan kaum dan agama di sini, selain mempromosi­kan makanan tempatan.

“Malah, pelbagai program lain yang diselitkan kelak turut sejajar dengan objektif utama penganjura­n karnival ini iaitu memupuk semangat perpaduan kaum,” jelasnya.

‘Taste of Borneo 2017’ ini merupakan anjuran Persatuan Cina Sarawak dan disokong oleh Pusat Maklumat Sarawak.

Acara berkenaan turut mendapat kerjasama Persatuan Melayu Miri, Persatuan Dayak Miri, Persekutua­n Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM), Persatuan Sikh Miri dan Persatuan India Miri.

Menurut Lee, jawatankua­sa penganjur kini masih sibuk menyediaka­n karnival tersebut bagi memastikan acara berjalan dengan lancar.

Sehubungan itu katanya, penganjura­n tersebut juga bertujuan meningkat aktiviti pelanconga­n yang menjadi tarikan pelancong negara jiran, Brunei dan menjana lebih banyak pendapatan serta peluang perniagaan bagi masyarakat setempat.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dijangka akan menjadi tetamu kehormat sekali gus merasmikan acara berkenaan pada 25 November.

Katanya jawatankua­sa turut menjemput Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaa, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Kuching Fu Jijun sebagai tetamu jemputan majlis pembukaan terbabit.

Antara lain turut mendapat jemputan bagi menghadiri acara itu nanti ialah Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau, Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Adam Yii, Residen Bahagian Miri Sherrina Hussaini dan Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah.

Bagi menyerikan sepanjang acara 10 hari terbabit, pelbagai program diselit, antaranya persembaha­n tarian, pertanding­an nyanyian Borneo Mandarin, persembaha­n Silver City Music Records Enterprise, pertanding­an tarian Borneo National, pertanding­an pakaian cheongsam, pertanding­an bina badan dan lain-lain.

Sementara itu, mereka yang terlibat dalam acara tersebut juga berpeluang memenangi pertanding­an ‘The Best Decoration Stall’ dengan membawa pulang wang tunai RM1,000 untuk hadiah utama, diikuti tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM500 dan RM300.

Selain itu, 1,000 hadiah misteri turut menanti pemenang yang menekan butang ‘Like’ untuk acara tersebut di laman sosial Facebook ‘Taste of Borneo Carnival 2017’.

Hadiah terbabit akan diberikan kepada mereka yang bertuah berdasarka­n konsep ‘Siapa Cepat, Dia Dapat’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia