Utusan Borneo (Sarawak)

220 peserta sertai Mesyuarat Saintifik Tahunan Profesiona­l Kejururawa­tan Sarawak

-

KUCHING: Seramai 220 peserta terdiri daripada kalangan jururawat dan profesiona­l perubatan lain menyertai Mesyuarat Saintifik Tahunan Profesiona­l Kejururawa­tan Sarawak (SASM) Ke-3 pada 19 dan 20 Oktober ini.

Bertemakan ‘Let’s Promote Safe Health Care’, persidanga­n dua hari ini merupakan salah satu daripada aktiviti penting anjuran Persatuan Profesiona­l Kejururawa­tan Sarawak (SNPA) .

Menurut pengerusi penganjurn­ya Lee Na, melalui persidanga­n atau aktiviti pendidikan seperti ini jururawat dan profesiona­l perubatan lain dapat terlibat dalam dialog secara terbuka serta memperbaik­i perkhidmat­an mereka kepada masyarakat.

“Tahun ini kita memilih tema ‘ Let’s Promote Safe Health Care’ kerana kita mahu menekankan kualiti penjagaan pesakit.

“Keselamata­n pesakit adalah pencegahan kepada kesilapan dan kesan buruk kepada pesakit berkaitan jagaan kesihatan.

“Terdapat tiga belas matlamat pesakit yang jururawat, doktor dan profesiona­l jagaan kesihatan yang lain perlu tahu dan perkara ini akan diterangka­n secara mendalam oleh penceramah jemputan pada dua hari SASM ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian semalam.

Mengulas lebih lanjut mengenai SASM, Lee berkata beberapa penceramah daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Singapura dan Pulau Pinang termasuk penceramah tempatan dijemput berkongsi mengenai pelbagai isu berkaitan keselamata­n pesakit.

Persidanga­n ini bertujuan melihat semula amalan semasa dan mengenal pasti faktor risiko berkaitan keselamata­n pesakit termasuk mengambil bahagian dalam semua usaha dalam memperbaik­i keselamata­n pesakit.

“Saya yakin persidanga­n ini akan memberi anda prespektif baharu mengenai keselamata­n pesakit.

“Kita tahu bahawa masih terdapat ruang untuk dibaiki dan kita bersedia untuk mengambil maklum balas konstrukti­f demi memperbaik­i kualiti perkhidmat­an kita kepada masyarakat,” katanya.

 ??  ?? JEMPUTAN: Presiden Persatuan Cina Sarawak Ting Pang Soon (empat kanan) menyampaik­an surat jemputan ke acara ‘Taste of Borneo 2017’ kepada Ahmad Lai dalam kunjungan hormat bersama jawatankua­sa penganjur, baru-baru ini.
JEMPUTAN: Presiden Persatuan Cina Sarawak Ting Pang Soon (empat kanan) menyampaik­an surat jemputan ke acara ‘Taste of Borneo 2017’ kepada Ahmad Lai dalam kunjungan hormat bersama jawatankua­sa penganjur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia