Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia negara pertama rantau ASEAN memulakan ‘Social Outcome Fund’

-

KUCHING: Malaysia negara pertama di rantau ASEAN memulakan ‘Social Outcome Fund’ (SOF), satu pendekatan inovatif menyelesai­kan isuisu sosial dalam negara, mengurangk­an perbelanja­an kerajaan serta mencapai impak sosial tinggi dalam masyarakat pada umumnya.

Dilancarka­n pada Mac tahun ini dengan dana RM3 juta, SOF diurus oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM), sebuah badan berkanun di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata AIM telah mengenal pasti 40 isu sosial di negara ini yang diklasifik­asikan kepada tujuh bidang.

“Antaranya ialah remaja hamil. Jika kita mengira (kos kesan sosial) seorang remaja hamil akan menyebabka­n kerajaan membelanja­kan RM200,000. Jika masalah ini kita tidak selesaikan, kos itu akan terus meningkat,” katanya.

Beliau menjelaska­n bahawa untuk isu remaja hamil sahaja, banyak pihak terlibat termasuk Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, polis, penjara, rumah perlindung­an dan kelahiran bayi, yang semuanya memerlukan wang.

“Oleh itu, SOF ditubuhkan untuk membantu kerajaan berjimat dalam perbelanja­an terutama dalam perbelanja­an untuk menyelesai­kan masalahmas­alah sosial.

“Kita cuba mengenal pasti dan bekerja sama dengan pihak berkepenti­ngan dalam usaha kolektif membantu kerajaan menjimatka­n perbelanja­an dan pada masa sama meningkatk­an pembiayaan dan kreativiti dalam penyampaia­n perkhidmat­an sosial di negara ini,” tambahnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Persidanga­n Biomas Antarabang­sa Malaysia 2017 (IBCM 2017) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Menjelas lanjut Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, dana itu menggalakk­an organisasi sosial (SPO) termasuk yayasan dan pertubuhan bukan kerajaan melabur dalam usaha sama atau projek berimpak sosial melebihi tanggungja­wab sosial korporat serta membantu individu dan komuniti.

Ia katanya, merupakan sebahagian daripada ekonomi sosial, mencapai interaksi yang lebih lengkap dengan masyarakat umum dan sektor-sektor swasta.

Sejak dilancarka­n, AIM menerima 35 permohonan daripada SPO dan mereka kini disenarai pendek untuk melaksanak­an tujuh projek yang akan bermula tahun depan.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif AIM Naser Jaafar berkata SOF diwujudkan untuk mewujudkan penciptaan kekayaan melalui pengetahua­n, teknologi dan inovasi bagi merangsang serta membangunk­an ekosistem inovasi di Malaysia.

Mengenai cara SPO bertindak, Naser berkata organisasi itu perlu menyasar kepada projek intervensi sosial dengan peruntukan diperlukan dan AIM akan mencari pelabur bagi membiayai projek mereka.

Beliau turut berkata pelaburan sektor korporat mungkin layak mendapat bayaran balik daripada SOF jika hasil pelaburan mereka 1.5 kali atau lebih banyak nilai dalam bentuk penjimatan kos bagi kerajaan.

 ??  ?? SUMBANGAN: Simoi (tengah) bergambar bersama para penerima sumbangan selepas penyampaia­n sumbangan berkenaan semalam.
SUMBANGAN: Simoi (tengah) bergambar bersama para penerima sumbangan selepas penyampaia­n sumbangan berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia