Utusan Borneo (Sarawak)

Kesihatan tema Hari Wanita tahun depan: Fatimah

‘ Wanita Sarawak Dalam Kesihatan’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak 2018

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: ‘Wanita Sarawak Dalam Kesihatan’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak 2018.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pemilihan tema ini telah dipersetuj­ui oleh jawatankua­sa penganjur.

Bersempena sambutan itu tahun depan, sebuah buku juga akan diterbitka­n dengan judul yang sama dengan tema sambutan.

“Dua kerjaya yang majoritiny­a daripada kalangan wanita adalah guru dan jururawat di mana daripada 8,395 jururawat di Sarawak hanya 170 merupakan jururawat lelaki.

“Tugas jururawat adalah untuk merawat pesakit dan kebanyakan masa mereka adalah bersama dengan pesakit lebih daripada masa yang diluangkan oleh doktor untuk pesakitnya.

“Tetapi perkara seperti ini tidak diberi pengiktira­fan oleh kita dan kami kementeria­n saya telah membuat keputusan

Dua kerjaya yang majoritiny­a daripada kalangan wanita adalah guru dan jururawat di mana daripada 8,395 jururawat di Sarawak hanya 170 merupakan jururawat lelaki. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

untuk sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak tahun depan kita akan mengambil tema ‘Wanita Sarawak Dalam Kesihatan’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Saintifik Tahunan Profesiona­l Kejururawa­tan Sarawak (SASM) Ke-3 di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Tambah Fatimah, pemilihan tema ini katanya adalah sebagai menghargai sumbangan wanita Sarawak dalam bidang kesihatan.

Beberapa personalit­i wanita dalam bidang kesihatan katanya, juga akan dipilih sebagai tokoh wanita dalam bidang tersebut pada sambutan itu nanti.

Bercakap mengenai SASM, Fatimah berkata pemilihan tema ‘Lets Promote Safe Health Care’ adalah bertepatan.

“Kita menyedari bahawa Kementeria­n Kesihatan telah melaksanak­an pelbagai inovatif dan inisiatif bagi memastikan kualiti penjagaan dan keselamata­n pesakit.

“Berdasarka­n pelbagai sistem kedudukan penjagaan kesihatan, kita telah melakukan yang terbaik di mana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-50 daripada 191 negara.

“Saya berharap ahli kesihatan akan terus memperbaik­i pengetahua­n mereka dalam bidang ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Pada majlis itu, Fatimah turut menyumbang peruntukan sebanyak RM10,000 untuk penganjura­n SASM pada tahun depan.

Turut hadir Presiden Persatuan Profesiona­l Kejururawa­tan Sarawak (SNPA) Christina Baun Lian, pengerusi penganjur Lee Na, Penyelia Jururawat Aieshah Zainudin serta wakil Pengarah Kesihatan Negeri Juliana Mohd Ali.

 ??  ?? KENANGAN: Peserta SASM 2017 bergambar bersama Fatimah selesai majlis perasmian di Kuching semalam.
KENANGAN: Peserta SASM 2017 bergambar bersama Fatimah selesai majlis perasmian di Kuching semalam.
 ??  ?? SIDANG MEDIA: Nancy dan Naser pada sidang media di BCCK semalam.
SIDANG MEDIA: Nancy dan Naser pada sidang media di BCCK semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia