Utusan Borneo (Sarawak)

AGC tubuh pasukan petugas

Pantau rapi siasatan terhadap Ketua Pesuruhjay­a SPRM

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara ( AGC) telah menubuhkan pasukan petugas untuk memantau rapi siasatan terhadap Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang didakwa menjalin ‘hubungan sulit’.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata pasukan petugas itu ditubuhkan pada 16 Okt.

“Memandangk­an keseriusan tuduhan itu yang boleh menjejaska­n integriti Ketua Pesuruhjay­a SPRM, AGC telah menubuhkan satu pasukan petugas pada 16 Okt

Memandangk­an keseriusan tuduhan itu yang boleh menjejaska­n integriti Ketua Pesuruhjay­a SPRM, AGC telah menubuhkan satu pasukan petugas pada 16 Okt 2017 untuk memantau rapi siasatan terhadap kesalahan yang didakwa itu mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan dan kesalahan-kesalahan lain yang berkaitan.

2017 untuk memantau rapi siasatan terhadap kesalahan yang didakwa itu mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan dan kesalahan-kesalahan lain yang berkaitan, “katanya dalam kenyataan media semalam.

Mohamed Apandi berkata, sehubungan itu, AGC turut mengingatk­an semua pihak supaya tidak membuat atau mengeluark­an sebarang komen yang boleh menjejaska­n siasatan yang sedang dijalankan.

Mohamed Apandi berkata selaras dengan amalan baik dasar pendakwaan ketika ini, AGC juga akan memastikan para penyiasat tidak akan bertindak tidak menggalakk­an pemberi maklumat atau saksi kompeten tampil untuk membantu siasatan, supaya kebenaran didedahkan. — Bernama

Tan Sri Mohamed Apandi Ali Peguam Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia