Utusan Borneo (Sarawak)

Impian Atletico Madrid ke pusingan kedua Liga Juara-Juara agak tipis

-

BAKU, Azerbaijan: Atletico Madrid mengharung­i satu lagi kekecewaan dalam impian layak ke pusingan kedua Liga Juara-Juara selepas Qarabag, yang menamatkan permainan dengan 10 pemain, mengikat Atletico tanpa jaringan untuk mengutip mata pertama mereka dalam pertanding­an ini Rabu lepas.

Ia mungkin lebih buruk buat Atletico, finalis kejohanan pada 2014 dan 2016 sekiranya Dino Ndlovu memperoleh­i satu tendangan penalti berbanding dilayangka­n kad kuning kedua dan diperintah meninggalk­an padang kerana sengaja merebahkan diri ketika berbaki 15 minit permainan.

Atletico sekarang hanya mengutip dua mata dari tiga perlawanan pertama dan masih kekal di tangga kedua Kumpulan C, di belakang pendahulu liga, Chelsea dan kemudian AS Roma, yang seri 3-3.

Atletico mempunyai beberapa peluang untuk membuka jaringan dalam separuh masa pertama tetapi mengalami ketumpulan yang sama dan menamatkan perlawanan dengan keputusan seri tanpa jaringan yang keempat mereka musim ini.

“Penyerang harus meningkatk­an usaha. Kami cukup kental di benteng pertahanan, mencipta peluang tetapi tidak menyempurn­akannya,” kata penyerang Atletico, Antoine Griezmann.

“Masih ada banyak perlawanan lagi dan kami harus cuba memenangi kesemua baki perlawanan dan kemudian melihat apa yang akan berlaku.”

Griezmann dan Yannick Carrasco tidak bernasib baik menjaringk­an gol apabila cubaan mereka ditepis penjaga gol Ibrahim Sehic sementara satu cubaan Jose Maria Gimenez sedikit tinggi sebelum rehat.

Bagaimanap­un, Qarabag, pada musim sulung mereka dalam Liga Juara- Juara, mempunyai peluang yang lebih baik dalam separuh masa kedua dengan rembatan Ndlovu sedikit tersasar sebelum memikirkan beliau memperoleh­i satu tendangan penalti ketika dijatuhkan oleh Diego Godin dalam kotak penalti.

Sebaliknya, pengadil perlawanan melihat ia kelihatan beliau sengaja merebahkan diri dari asakan lemah untuk mendapatka­n penalti, menyebabka­n pengadil melayangka­n kad kuning kedua untuk beliau dan diperintah meninggalk­an padang.

Atletico, melihat peluang dengan kelebihan seorang pemain, melakukan asakan demi asakan tetapi tetap tumpul menyempurn­akan peluang.

Atletico seri dengan Roma pada perlawanan pertama dan tewas 1-2 kepada Chelsea pada perlawanan kedua. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SVILAR KESILAPAN BESAR: Penjaga gol Benfica, Svilar (kanan) dilihat memegang bola yang melimpasi garisan gol pada perlawanan Liga Juara-Juara di antara Benfica dan Man Utd di Lisbon.
— Gambar Reuters SVILAR KESILAPAN BESAR: Penjaga gol Benfica, Svilar (kanan) dilihat memegang bola yang melimpasi garisan gol pada perlawanan Liga Juara-Juara di antara Benfica dan Man Utd di Lisbon.
 ?? — Gambar AFP ?? AKSI SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan C di antara Qarabag dan Atletico Madrid di Baku. Kedua-dua pasukan seri 0-0.
— Gambar AFP AKSI SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan C di antara Qarabag dan Atletico Madrid di Baku. Kedua-dua pasukan seri 0-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia