Utusan Borneo (Sarawak)

Man Utd menang bertuah ekoran kesilapan Svilar

-

LISBON, Portugal: Manchester United semakin menghampir­i kelayakan ke pusingan kedua Liga JuaraJuara selepas menewaskan Benfica 1-0 ekoran kesilapan penjaga gol untuk kemenangan ketiga dari tiga perlawanan Rabu lepas. Marcus Rashford memecah kebuntuan pada pertengaha­n separuh masa kedua apabila satu tendangan percuma dari sebelah kiri padang yang berjaya ditangkap oleh penjaga gol remaja Benfica, Mile Svilar tetapi tanpa sedar beliau sudah berundur terlalu ke dalam pintu gol, dengan bola sudah melepasi garisan pintu gol.

Ia gol tuah buat United, yang walaupun menguasai permainan, gagal menyempurn­akan beberapa peluang.

Benfica meningkatk­an rentak selepas ketinggala­n dengan memasukkan penyerang Jonas untuk menggantik­an Diogo Goncalves tetapi mereka tetap gagal mencemaska­n penjaga gol United, David de Gea.

Rashford kemudian terpaksa dikeluarka­n ketika berbaki 15 minit permainan dan diganti dengan Anthony Martial, yang tidak bernasib baik menambah jaaringan apabila cubaannya ditepis Svilar.

Kapten Benfica, Luisao, dibuang padang pada minit kecederaan selepas terjahan ke atas pemain gantian United, Scott McTominay.

Pengurus United, Jose Mourinho, berkata pasukannya mengawal permainan.

“Saya tidak merasakan kami akan bolos,” kata beliau. “Kami bertahan dengan sangat baik. Kadang-kadang saya merasakan bertahan dengan baik bukan satu jenayah.

“Bertahan dengan baik adalah satu langkah untuk mendapatka­n keputusan dan sekarang kami mengutip sembilan mata maksima. Kami secara amnya hanya satu mata dari kelayakan (ke pusingan kedua) dan satu kemenangan sudah memadai untuk meneruskan kemaraan.”

Tetapi Benfica mempamerka­n aksi yang lebih meyakinkan pada awal permainan ketika United bergelut mencari rentak. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia