Utusan Borneo (Sarawak)

Senegal perlu khidmat Mane dalam pasukan

-

JOHANNESBU­RG, Afrika Selatan: Senegal memilih bintang Liverpool, Sadio Mane untuk perlawanan timbal-balik kelayakan Piala Dunia menentang Afrika Selatan bulan hadapan, hanya lapan hari selepas Liverpool berkata pemain itu mungkin perlu berehat sehingga enam minggu.

Mane adalah antara 25 pemain yang dinamakan oleh jurulatih Aliou Cisse untuk perlawanan penting menentang Afrika Selatan.

“Sadio Mane telah meneruskan latihan individu dan mungkin akan menjalani latihan penuh minggu hadapan,” kata Cisse ketika memberitah­u wartawan.

Satu kenyataan Liverpool minggu lepas berkata Mane “mengalami satu kecederaan yang boleh menyebabka­nnya tidak dapat beraksi sehingga enam minggu”.

Mane terpaksa dikeluarka­n selepas mengalami kecederaan ketika Senegal menewaskan Cape Verde 2-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 bulan ini.

Senegal memerlukan dua mata dari perlawanan di Polokwane pada 10 November dan di Dakar pada 14 November untuk layak ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018.

Afrika Selatan akan layak ke Rusia jika memenangi keduadua perlawanan itu.

Senegal memburu penampilan kedua di Piala Dunia selepas tewas kepada Turki di peringkat suku akhir Piala Dunia 2002.

Afrika Selatan layak ke Piala Dunia 1998 dan 2002 dan layak secara automatik selaku tuan rumah pada 2010. — AFP BARCELONA, Sepanyol: Lionel Messi menjaringk­an gol ke-100 dalam pertanding­an kelab di Eropah ketika Barcelona menghampir­i kelayakan ke pusingan kedua Liga Juara- Juara dengan menewaskan Olympiakos 3-1 walaupun bermain 10 pemain dalam separuh masa kedua Rabu lepas.

Gerard Pique dibuang padang, dua minit sebelum rehat selepas menerima dua kad kuning tetapi Barca tetap tidak dalam bahaya dengan Olympiakos juga beraksi hambar.

Kelab dari Greece itu, yang memenangi tiga kejuaraan liga dan dua piala domestik di bawah jurulatih semasa Barca, Ernesto Valverde, ketika ini berada di tangga kelima Liga Greece dan sudah tewas semua perlawanan mereka dalam Liga Juara-Juara.

Barcelona membuka jaringan pada minit ke-18 apabila pemain pertahanan Olympiakos, Dimitrios Nikolaou, tertolak satu hantaran lintang Gerard Deulofeu ke pintu golnya sendiri.

Ia adalah gol sendiri kelima Barca dalam semua pertanding­an pada musim ini.

Messi menjaringk­an gol ke-100 beliau di Eropah dari satu tendangan percuma pada minit ke-61 untuk menambah jaringan dan juga gol ke-97 dalam Liga Juara-Juara, dengan tiga lagi gol dijaringka­n dalam Piala Super UEFA.

“Saya berharap beliau dapat menjaringk­an 200 gol menjelang akhir musim ini,” kata Valverde dengan nada seloroh selepas Messi

Saya berharap beliau dapat menjaringk­an 200 gol menjelang akhir musim ini. Beliau menunjukka­n kehebatann­ya setiap hari dan sentiasa mengatasi halangan. Ernesto Valverde Jurulatih Barcelona

menjaringk­an 15 gol dalam semua pertanding­an setakat musim ini.

“Beliau menunjukka­n kehebatann­ya setiap hari dan sentiasa mengatasi halangan.”

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, juga memberikan pujian kepada Messi.

“Saya akan memberikan beliau semua hadiah yang ada di dunia, beliau merupakan pemain terbaik sepanjang zaman untuk beberapa tahun sekarang,” kata beliau.

“Beliau menjadikan era ini sangat hebat. Kita melihat beliau sebagai pemimpin dalam pasukan, beliau memberikan banyak sumbangan dan kita semua tidak pernah bosan melihat beliau beraksi.”

Messi kemudian melepasi benteng pertahanan Olympiakos untuk mengumpan bola kepada Lucas Digne, yang menjaringk­an gol pertama beliau dalam Liga JuaraJuara untuk Barca.

Nikolaou, 19, menjaring- kan gol buat kali kedua tetapi buat kali pertama untuk pasukannya apabila menanduk satu tendangan sudut untuk gol saguhati Olympiakos pada minit ke-89. Barcelona mendahului Kumpulan D dengan sembilan mata maksima. Kemenangan di Olympiakos dua minggu akan datang akan m e n g e - s a h k a n tempat ke pusingan kedua kejohanan. “K a m i berasa sangat bagus dalam La Liga Sepanyol dan Liga Juara- Juara dan kami harus meneruskan­nya,” kata pemain Barca, Sergi Roberto. — Reuters

 ??  ?? HAMILTON
HAMILTON
 ?? — Gambar AFP ?? AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan D di antara Barcelona dan Olympiakos di Stadium Camp Nou, Barcelona. MESSI
— Gambar AFP AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan D di antara Barcelona dan Olympiakos di Stadium Camp Nou, Barcelona. MESSI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia