Utusan Borneo (Sarawak)

Hamilton buru kejuaraan dunia ke-4

-

AUSTIN, Amerika Syarikat ( AS): Lewis Hamilton akan memburu kemenangan kelima dari enam kunjungan ke Austin dan berharap nasib malang Ferrari berterusan ketika beliau memburu kejuaraan dunia yang keempat pada perlumbaan Grand Prix AS hujung minggu ini.

Pemandu dari Britain itu mendahului pencabar terdekatny­a, Sebastian Vettel dari Ferrari dengan kelebihan 59 mata dan dengan berbaki empat perlumbaan sahaja lagi musim ini, beliau boleh mengesahka­n kejuaraan dunia hujung minggu ini sekiranya boleh mengutip 16 mata lebih banyak berbanding Vettel.

Ini berm a k n a H a m - i l t o n p e r l u m e - n a n g dan mengharapk­an V e t t e l gagal menamatkan perlumbaan di lima tempat teratas – satu prospek boleh b e r l a k u jika Ferrari gagal m e n y e l e - saikan masalah yang menjejaska­n saingan mereka pada empat perlumbaan terakhir.

Sejak Grand Prix Itali di Monza, Ferrari mengalami beberapa masalah mekanikal dan kesilapan yang memuncak di Grand Prix Jepun pada 8 Oktober apabila Vettel terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal kerana palam pencucuh yang bernilai 60 dolar.

Kegagalan Vettel meneruskan perlumbaan adalah ekoran dari pelanggara­n dengan rakan sepasukann­ya, Kimi Raikkonen di Singapura dan juga masalah enjin semasa perlumbaan di Malaysia – membolehka­n Hamilton mengambil sepenuh kesempatan dengan memenangi tiga dari empat perlumbaan.

Hamilton kini mengumpul 306 mata dan Vettel, pemandu tunggal yang pernah menang di Austin, mengutip 247 mata.

Satu perlumbaan dramatik, tegang dan sengit dijangka Ahad ini apabila majlis pengenalan pemandu mungkin menyaksika­n Hamilton ‘ melutut’ ketika lagu kebangsaan AS dimainkan untuk menyokong bantahan, dirancang pemain Liga Bola Sepak Kebangsaan ( NFL), terhadap ketidakadi­lan perkauman dan kekejaman polis.

Pengurus pasukan Mercedes, Toto Wolff, menjelaska­n bahawa beliau tidak akan menghalang Hamilton berbuat demikian.

“Semakin anda mengawal dan cuba menghalang­nya, beliau semakin bersemanga­t beliau untuk melakukann­ya,” kata Wolff.

Ramalan suhu adalah sekitar 30 darjah Selsius dan ia mungkin memihak kepada pasukan Ferrari yang jelas lebih pantas dalam litar tetapi kurang berdaya tahan berbanding Mercedes.

Memburu kemenangan yang kesembilan tahun ini, Hamilton tahu Vettel pastinya akan memberikan saingan terbaik untuk menghalang beliau menyertai beliau (Vettel) dan bintang legenda Alain Prost sebagai juara dunia sebanyak empat kali.

Hanya Michael Schumacher, tujuh kejuaraan dunia dan Juan Manuel Fangio ( lima kejuaraan) mempunyai rekod lebih banyak dan kejuaraan dunia keempat buat Hamilton akan menjadikan beliau pemandu British paling berjaya dalam Formula Satu (F1).

Tetapi ketika Ferrari meningkatk­an cabaran dengan daya tahan kereta yang lebih baik, ancaman utama Hamilton mungkin datang dari pemandu Red Bull, Max Verstappen, yang mencipta kemenangan di Malaysia, atau rakan sepasukann­ya, Daniel Ricciardo, seperti Hamilton, sangat selesa di AS. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia