Utusan Borneo (Sarawak)

Dovizioso ingin rapatkan jurang dengan Marquez menjelang MotoGP Australia

-

PULAU PHILLIP: Andrea Dovizioso mahu merapatkan jurang dengan Marc Marquez yang mendahului kejuaraan dunia dalam MotoGP Australia pada Ahad ini di litar Pulau Phillip yang mencabar di mana dia pada masa lalu berdepan dengan kesukaran.

Dovizioso mencatatka­n kemenangan kelima pada tahun ini di Motegi yang dilanda hujan pada hujung minggu lepas dalam pertarunga­n selekoh terakhir yang mengujakan dengan Marquez untuk mengurangk­an kelebihan juara itu kepada 11 mata dengan hanya tiga pusingan sahaja berbaki dalam kejuaraan itu.

Tempat kedua Marquez merupakan podium karier ke-100 bagi dirinya dari 165 permulaan dan dia adalah penunggang paling muda pada usia 24 tahun untuk mencapai mercu tersebut.

Prestasi konsisten Mar- quez telah menjadikan­nya penunggang penanda aras bagi kejuaraan dunia pada musim ini tetapi Dovizioso dari Itali terus mencabarny­a dengan motosikal Ducati dan Pulau Phillip kelihatan seperti perlumbaan yang dijangka akan menentukan kejuaraan pada tahun ini.

“Pulau Phillip ternyata salah satu litar kegemaran Marquez dan situasi mungkin lebih sukar sedikit bagi kami,” kata Dovizioso.

“Namun pada tahun lepas, kami berlumba yang baik, jadi kami mesti mencuba dan berusaha sebaik mungkin sepanjang hujung minggu ini.

“Sekarang tinggal hanya tiga pusingan sahaja sehingga penamat dan di atas kertas, kami bukan pasukan pilihan untuk menang di Australia tetapi kami akan berjuang bersungguh-sungguh seperti selama ini.”

Marquez mempunyai dua kemenangan di Pulau Phillip – dalam kelas 125cc pada 2010 dan MotoGP Australia 2015 – selain dua penamat podium dan empat posisi pertama.

Dovizioso pula menang dalam kelas 125cc pada 2004 dan menaiki podium dengan tempat ketiga dalam MotoGP 2011.

Marquez pernah mengalami saat-saat gila di litar Pulau Phillip, terbabas dalam perlumbaan pada tahun lepas ketika dia berada di hadapan dan sudah dinobatkan sebagai juara dunia dan dia juga terpelanti­ng dari motosikal Repsol Honda yang ditunggang­nya dalam perlumbaan pada 2014.

Namun pelumba Sepanyol itu sudah memulakan perlumbaan di tempat pertama sejak tiga tahun lalu di Pulau Phillip dan menganggap litar itu sebagai salah satu kegemarann­ya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia