Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan Komanwel 2018: Khairy yakin kontinjen negara atasi pencapaian 2014

-

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yakin kontinjen Malaysia yang menyertai temasya Sukan Komanwel 2018 (CG2018) berupaya mengatasi pencapaian yang diraih pada edisi 2014 di Glasgow, Scotland.

Berbaki 166 hari lagi menjelang penganjura­n sukan tersebut, Khairy berkata atlet negara pasti berada pada tahap terbaik sebelum beraksi dalam temasya sukan yang diadakan setiap empat tahun sekali itu.

Pada edisi 2014, kontinjen negara meraih enam emas, tujuh perak dan enam gangsa, menduduki tempat ke- 12 daripada 37 negara.

“Saya yakin kita dapat atasi pungutan pingat yang diraih pada Sukan Komanwel Glasgow 2014,” katanya dalam ucapan selepas menerima kunjungan delegasi Larian Baton Sukan Komanwel (QBR) diketuai pegawai perhubunga­nnya, Kerry Thompson di bangunan kementeria­n, di sini semalam.

Khairy juga berkata kementeria­n amat berbangga kerana Malaysia telah dipilih menjadi negara ke-54 daripada 70 negara Komanwel yang akan menganjurk­an larian itu.

“Saya berbangga kerana Malaysia berjaya menempatka­n nama bagi temasya yang kaya dengan sejarah ini, dengan menjadi jawatankua­sa penganjur tempatan pertama temasya itu pada 1998 untuk membawa QBR melepasi United Kingdom dan negara tuan rumah, merentasi hampir 20 negara,” kata Khairy.

QBR adalah tradisi temasya sukan ini yang meraikan kepelbagai­an Komanwel, membangkit­kan kemegahan masyarakat dan merangsang rakyat mengenai penganjura­n temasya sukan dan kebudayaan bertaraf dunia itu.

Larian baton yang membawa mesej Ratu Elizabeth II itu, meminta semua atlet Komanwel untuk bersama- sama bersatu dan bertanding dalam semangat persahabat­an.

Bermula 13 Mac 2017 di Istana Buckingham, baton itu memulakan perjalanan selama 388 hari di semua negara dan wilayah Komanwel. Delegasi QBR itu tiba di Malaysia pada 16 Okt dan melawat beberapa destinasi termasuk Stadium Bukit Jalil dan Hutan Simpan Raja Musa di Kuala Selangor.

Baton tersebut akan menjelajah sejauh 230,000km selama 388 hari melalui 70 negara Komanwel sebelum tiba di Australia, menyaksika­n mesej Ratu Elizabeth II tersebut akan dibaca pada majlis pembukaan rasmi CG2018 pada 4 April 2018. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH: Khairy (kiri) menerima penyerahan Baton Sukan Komanwel Gold Coast 2018 dari wakil Persekutua­n Sukan Komanwel Datuk Dr M. Jegathesan, semalam.
— Gambar Bernama SERAH: Khairy (kiri) menerima penyerahan Baton Sukan Komanwel Gold Coast 2018 dari wakil Persekutua­n Sukan Komanwel Datuk Dr M. Jegathesan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia