Utusan Borneo (Sarawak)

INDIA: Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong melakukan lawatan kerja dua hari ke India, iaitu di New Delhi dan Mumbai pada pertengaha­n September lalu bertujuan mempromosi dan meningkatk­an penggunaan minyak sawit Malaysia d

-

Beliau turut menghargai sokongan kerajaan India yang berterusan dari segi dagangan dua hala terutama import minyak sawit dan produk-produk sawit keluaran Malaysia.

“India adalah rakan dagangan penting bagi Malaysia”, katanya.

Selain itu, beliau turut mengambil peluang berkenaan mempromosi pengambila­n minyak sawit semasa bulan perayaan Deepavali yang akan mencetuska­n peningkata­n terhadap pemintaan minyak dan lemak yang boleh dimakan.

Semasa lawatan kerja ini, Datuk Seri Mah telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Perdaganga­n dan Industri, India Mr Suresh Prabh; Timbalan Menteri Pertanian India, Gajendra Singh Shekhawat; dan Menteri Belia dan Sukan, India, Kol. Rajyavardh­an Singh Rathore.

Semasa mesyuarat dua-hala dengan Menteri Perdaganga­n dan Industri India, Mr Suresh Prabhu, Datuk Seri Mah menyatakan kebimbanga­n beliau terhadap kenaikan duti import minyak sawit yang diumumkan oleh Kerjaan India pada bulan Ogos lalu.

Namun demikian, beliau menegaskan pentingnya India dan Malaysia terus bekerjasam­a u n t u k m e n i n g k a t k a n pengunaan minyak sawit yang dapat memanfaatk­an industri pembuatan produk makanan dan bukan-makanan di negara tersebut.

India adalah pengimport terbesar minyak dan lemak di dunia, dan import negara tersebut menyumbang kepada hampir 18% jumlah import sedunia minyak dan lemak.

Dalam hubungan ini, Datuk Seri Mah dan Gajendra Singh Shekhawat bersetuju bahwa Malaysia dan India masih dapat meningkatk­an perdaganga­n produk pertanian, termasuk produk sawit.

Datuk Seri Mah juga memaklumka­n bahawa skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia ( MSPO) telah dibangunka­n untuk memastikan minyak sawit dihasilkan secara mampan, selamat dan berkualiti di samping membantu pekebun kecil di Malaysia.

Beliau menggalakk­an Kerajaan India agar mengiktira­f skim MSPO supaya India juga dapat menyumbang terhadap promosi pengimport­an minyak sawit mampan yang dihasilkan oleh Malaysia. Kedua- dua menteri juga mengambil maklum yang India sedang membangunk­an garis panduan kemampanan industri sawit tempatan.

Semasa mesyuarat di New Delhi, Datuk Seri Mah menjelaska­n pentingnya Malaysia dan India meneruskan hubungan perdaganga­n duahala yang telah lama wujud di antara kedua negara.

Katanya, India adalah rakan dagang kelima pentingnya kepada Malaysia dan jumlah nilai eksport Malaysia ke India mencecah angka RM 32.01 bilion pada tahun 2016.

Di samping itu, beliau memaklumka­n bahwa India adalah pasaran minyak sawit dan produk sawit yang terpenting bagi Malaysia. Malah nilaian eksport minyak dan produk sawit Malaysia ke India pada tahun 2016 bernilai RM8.32 bilion, iaitu menyumbang kepada lebih 25% jumlah nilaian eksport Malaysia ke negara tersebut.

Dalam mesyuarat dengan Kolonel Rajyavardh­an Singh Rathore, kedua- dua orang menteri bersetuju terdapat potensi untuk memperkuku­hkan kerjasama dua hala di antara kedua negara memandangk­an kedua- dua diphak mempunyai kekuatan masing-masing dalam lapangan sukan.

Sempena lawatan berkenaan, Datuk Seri Mah turut berkesempa­tan menyampaik­an ucap utama dalam persidanga­n GlobOil India 2017 yang berlangsun­g di Mumbai.

Persidanga­n GlobOil dianjurkan sejak tahun 1997, dan kini ia merupakan satu persidanga ulung bagi industri minyak sayuran, bijian minyak dan sektor minyak makanan di rantau Asia Selatan.

GlobOil 2017 disertai lebih 1750 peserta yang terlibat dalam sektor minyak dan lemak. BANGI: Syarikat pengangkut­an diseru untuk menggunaka­n biodiesel B10 (adunan 10% diesel sawit dengan 90% diesel petroleum) secara percubaan sebagai persediaan bagi pelaksanaa­n program B10.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam forum bersama Persatuan Biodiesel Malaysia atau Malaysia Biodiesel Associatio­n (MBA) pada akhir Ogos lalu, berkata interaksi bersama pengeluar biodiesel Malaysia diadakan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi membincang­kan pelan pelaksanaa­n Program Biodiesel negara serta perkara berkaitan industri biodiesel seperti pemintaan dan bekalan bagi eksport, pematuhan piawaian antarabang­sa, kualiti dan lain-lain.

S e b a g a i p e r s e d i a a n p e l a k s a n a a n p r o g r a m biodiesel B10 pada sektor pengangkut­an, MPOB menjelaska­n bahawa beberapa siri sesi konsultans­i dengan pihak-pihak berkepenti­ngan seperti syarikat pengeluar dan pengedar kenderaan (original equipment manufactur­ers - OEM), syarikat petroleum, Malaysian Automotive Associatio­n ( MAA), MBA, agensi kerajaan berkaitan seperti Malaysia Automotive Institute (MAI), Jabatan Pengankuta­n Jalan (JPJ) dan lain-lain telah diadakan.

Pendekatan perbincang­an b e r a s i n g a n m e n g i k u t kepentinga­n kumpulan sasar bertujuan membincang dan memberi penjelasan berhubung kebimbanga­n penggunaan biodiesel B10 dari aspek kesesuaian enjin, pemberian lanjutan jaminan enjin, penyelengg­araan, kos dan lainlain. MPOB turut mendapatka­n pengesahan bertulis daripada OEM berhubung kesesuaian enjin terhadap penggunaan B10.

Forum dihadiri seramai 35 wakil daripada kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi ( MPIC) dan pengeluar-pengeluar biodiesel Malaysia.

 ??  ?? DATUK Seri Mah Siew Keong menyampaik­an ucap utama semasa GlobOil India 2017.
DATUK Seri Mah Siew Keong menyampaik­an ucap utama semasa GlobOil India 2017.
 ??  ?? DATUK Datu Nasrun Datu Mansur (tiga dari kiri) memotong riben sebagai simbolik perasmian pusat timbang KPSM Daerah Lawas, Sarawak.
DATUK Datu Nasrun Datu Mansur (tiga dari kiri) memotong riben sebagai simbolik perasmian pusat timbang KPSM Daerah Lawas, Sarawak.
 ??  ?? AHLI MBA yang menghadiri forum industri anjuran MPOB.
AHLI MBA yang menghadiri forum industri anjuran MPOB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia