Utusan Borneo (Sarawak)

Program bina semangat untuk guru, kakitangan SMKDP

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

PIHAK pentadbira­n Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Permaisuri (SMKDP) di Miri mengambil pendekatan tersendiri mengadakan program bina semangat guru dan kakitangan bersempena dengan Hari Sukan Negara, baru-baru ini.

Program dihadiri 124 guru dan kakitangan ini diadakan di Beach Republic dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang mengeratka­n kerjasama dan semangat antara peserta.

Pengetua Haslinda Jedi berkata, pihak sekolah mengambil peluang mengadakan aktiviti seumpama ini bagi memberi para guru dan kakitangan berehat sebentar selepas bertungkus-lumus untuk persediaan Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) yang lepas.

“Aktiviti yang diadakan penting untuk guru lebih berusaha gigih bagi persediaan aktiviti sekolah selepas cuti pertengaha­n penggal ini.

“Saya percaya ini sebagai satu cara untuk guru dan kakitangan menghilang­kan tekanan bekerja dan santai bersama-sama rakan di luar kawasan sekolah,” katanya kepada Utusan Borneo, baru-baru ini.

Menurut Haslinda, ratarata guru memberikan maklum balas yang positif terhadap program ini dan mereka rasa cukup seronok dan terhibur.

“Semua kita memainkan peranan yang sangat penting dalam melaksanak­an sesuatu tugas walaupun kerja itu sekecil mana.

“Kecemerlan­gan organisasi bergantung kepada setiap ahli yang berperanan aktif dengan menjalanka­n tugas dan peranan masing-masing dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Kesemua peserta dibahagika­n kepada 11 kumpulan mengikuti lima aktiviti iaitu persembaha­n Battle Cry berkumpula­n, ‘giant skipping rope’, pukul berapa datuk harimau, ‘pass the water’

dan poco-poco.

 ??  ?? SANTAI: Guru-guru dan kakitangan SMKDP berehat sambil bersantai. SAMBUT: Salah seorang peserta menyerahka­n span berisi air kepada seorang peserta lain. SEMANGAT: Salah satu kumpulan menunjukka­n persembaha­n Battle Cry. TUNJUK GAYA: Haslinda (empat...
SANTAI: Guru-guru dan kakitangan SMKDP berehat sambil bersantai. SAMBUT: Salah seorang peserta menyerahka­n span berisi air kepada seorang peserta lain. SEMANGAT: Salah satu kumpulan menunjukka­n persembaha­n Battle Cry. TUNJUK GAYA: Haslinda (empat...
 ??  ?? LOMPAT: Salah satu kumpulan mengikuti pertanding­an ‘skipping rope’.
LOMPAT: Salah satu kumpulan mengikuti pertanding­an ‘skipping rope’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia