Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Internet 1Malaysia bantu usahawan madu kelulut tingkat pendapatan

-

FAMA akan sentiasa berusaha untuk membuka pasaran baharu bagi durian Malaysia dan pihaknya bercadang untuk mempromosi durian ke Korea Selatan dan Kanada selepas China. — Bernama MEMULAKAN perniagaan secara kecilkecil­an menjual produk berasaskan madu kelulut yang hanya dilakukan dari dapur rumah pada 2011, Nur Isma Afifi Md Aris, 31, kini boleh berbangga apabila mampu memperoleh pendapatan mencecah RM20,000 sebulan.

Lebih membanggak­an pemenang Anugerah Usahawan Terbaik Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) 2017 Peringkat Nasional ini bakal mengembang­kan sayap perniagaan­nya dalam sektor agropelanc­ongan apabila mula membina calet dan kolam renang di ladang penghasila­n madu kelulutnya di Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah.

“Pada mulanya saya dan suami tidak mempunyai idea untuk meningkatk­an hasil pendapatan syarikat kami JKM Sdn Bhd (Jelutong Kelulut Madu) malah perniagaan hanya dijalankan secara kecil-kecilan di kawasan kediaman kami.

“Namun segalanya berubah apabila PI1M mula dibuka di Belimbing Kanan, saya dan suami Mohd Riban Zainol@ Shafie, 41, terus hadir sendiri ke premis berkenaan serta mendapat bimbingan dari pegawai di sana tentang teknik mempromosi­kan produk melalui platform dalam talian termasuk media sosial,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima anugerah yang disampaika­n Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada Konvensyen Industri Digital Bumiputera di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Isma, menerusi bantuan dan kemudahan di PI1M, beliau berjaya meningkatk­an hasil jualan dengan skop pelanggan yang lebih luas terutamany­a dari Facebook, Instagram serta aplikasi WhatsApp.

“Jika dahulu nak dapatkan pelanggan dari sekitar Kedah pun agak susah, kini saya dan suami tidak menang tangan malah mendapat bantuan tiga orang pekerja untuk menguruska­n permintaan pelanggan.

“Selain pembeli dalam negara, impak promosi di laman sosial membantu produk kami menembusi pasaran luar negara malah mempunyai pembeli dari Brunei, Singapura dan Thailand,” katanya.

Katanya, jika pada awalnya hanya menjual madu kelulut, namun hasil permintaan yang semakin memberangs­angkan meyakinkan JKM untuk menambah variasi produk. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENDAPAT TEMPAHAN: Badruddin (kanan) bersama Ahmad Ishak (kiri) menunjukka­n durian jenis Musang King yang dibekukan dan dihantar ke China.
— Gambar Bernama MENDAPAT TEMPAHAN: Badruddin (kanan) bersama Ahmad Ishak (kiri) menunjukka­n durian jenis Musang King yang dibekukan dan dihantar ke China.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia