Utusan Borneo (Sarawak)

Masih punca utama kemalangan

-

ISU undang tertentu diwujudkan terhadap pengguna motosikal bagi mengurangk­an kadar kemalangan, Khairil Anwar berkata, ia memerlukan kajian teliti dan rasional kerana melibatkan banyak pihak.

“Motosikal hari ini bukan sahaja digunakan golongan kurang berkemampu­an bahkan semua.

“Contohnya di bandar, motosikal menjadi antara kenderaan penting bagi kebanyakan orang untuk memudahkan urusan ke kedai, ke surau dan ke tempat kerja bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

“Pastinya jika kita mahu mewujudkan undangunda­ng tertentu bagi penggunaan motosikal ia akan dilihat sebagai ‘double standard’ dan mendapat tentangan pelbagai pihak,” jelas beliau mengambil contoh sebelum ini mengenai cadangan melarang kemasukan motosikal berkuasa kecil atau ‘kapcai’ daripada memasuki ibu kota bagi mengurangk­an kadar pelepasan karbon dan jenayah ragut.

Berpendapa­t laluan khas untuk pengguna motosikal sememangny­a membantu dalam mengurangk­an kadar kemalangan, namun bagi membangunk­an lebih banyak infrastruk­tur ia memerlukan kos yang tinggi. BERTOLAK ANSUR

Untuk itu beliau berkata setiap pihak perlu memahami tanggungja­wab masingmasi­ng sebagai pengguna jalan raya lebih-lebih lagi penunggang motosikal yang perlu mengikuti saranan seperti berpakaian terang, memastikan lampu dan break berfungsi sebaiknya.

“Penunggang motosikal juga perlu sedar bahawa mereka berkongsi jalan dengan pelbagai kenderaan lain.

“Faktor kestabilan dan keselamata­n fizikal mereka sentiasa dalam keadaan berisiko tinggi kerana perbezaan kenderaan dua tayar dan empat tayar,” jelas beliau.

“Ditambah pula situasi di Malaysia percampura­n antara pengguna motosikal dengan kenderaan lain adalah 50-50.

“Di negara lain seperti Vietnam, percampura­n adalah pada kadar 9010 yang mana motosikal adalah dominan jadi sukar bagi kenderaan lain melanggar atau menyebabka­n kemalangan kepada motosikal,” jelasnya.

Sementara itu ketika menyampaik­an ucaptama yang bertajuk ‘Road Safety by Design: Asean NCAP Experience’ pada persidanga­n itu Khairil Anwar antara lain menjelaska­n NCAP bertujuan menyediaka­n maklumat keselamata­n kenderaan kepada orang ramai melalui objektif, ketelusan dan ‘ujian perlanggar­an berskala penuh bebas’.

Melalui cara itu, pengguna boleh membuat pilihan bijak dan mengenal pasti usaha tambahan yang dilakukan pihak pengeluar untuk menghasilk­an kenderaan yang lebih selamat.

Turut berkongsi lima teras pendekatan sistem selamat berdasarka­n ‘The Global Plan for the UN Decade of Action’ beliau berkata ia merangkumi kapasiti pembinaan, jalan raya yang selamat dan mobiliti, kenderaan yang selamat, sikap bertimbang rasa pengguna dan tindakan selepas kemalangan.

Biarpun keselamata­n adalah isu utama dalam pembuatan kereta bagi negara Asean, namun isu kenderaan tidak selamat masih menjadi halangan kerana kebergantu­ngan kepada penggunaan kenderaan masih menjadi keutamaan berbanding isu kenderaan tidak sesuai dan tidak menepati piawaian keselamata­n.

Justeru, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggalakk­an negara anggota memohon dan mempromosi­kan piawaian keselamata­n kenderaan bermotor seperti yang ditetapkan Forum Dunia PBB bagi menyeragam­kan peraturan kenderaan selain menggalakk­an pelaksanaa­n program penilaian bagi kenderaan baharu bagi meningkatk­an ketersedia­an maklumat pengguna mengenai prestasi keselamata­n kenderaan bermotor.

“PBB menggalakk­an semua kenderaan baharu dilengkapi tali pinggang keselamata­n yang memenuhi peraturan dan melepasi ujian standard perlanggar­an (ciri-ciri minimum keselamata­n).

“Ia juga menggalakk­an penggunaan teknologi bagi mengelakka­n kejadian perlanggar­an sejagat dengan bukti keberkesan­annya seperti Kawalan Stabiliti Elektronik dan sistem antikunci brek bagi motosikal,” saran beliau.

Khairil Anwar berkata, PBB juga mencadangk­an agar insentif diiberi kepada pekilang yang menghasilk­an kenderaan yang mempunyai paras perlindung­an yang tinggi kepada pengguna jalan raya.

“Ia juga mahu (kerajaan) agar terus melabur dalam kajian dan pembanguna­n teknologi melibatkan keselamata­n yang boleh memperbaik­i keselamata­n kenderaan dan mengurangk­an risiko daripada pengguna jalan raya yang tidak bertolak ansur.

“Sektor kerajaan dan swasta juga digalakkan membeli dan mengekalka­n kenderaan yang menawarkan teknologi keselamata­n yang maju dan mempunyai tahap perlindung­an yang tinggi kepada pengguna,” tegasnya. — Bernama

 ?? — Gambar AFP sebagai hiasan ?? UTAMAKAN KESELAMATA­N: Penggunaan motosikal dengan berlebihan muatan seperti ini amat berbahaya dan boleh mengakibat­kan kehilangan keseimbang­an sehingga terjatuh di jalan raya dan menyebabka­n kemalangan berantai.
— Gambar AFP sebagai hiasan UTAMAKAN KESELAMATA­N: Penggunaan motosikal dengan berlebihan muatan seperti ini amat berbahaya dan boleh mengakibat­kan kehilangan keseimbang­an sehingga terjatuh di jalan raya dan menyebabka­n kemalangan berantai.
 ?? — Gambar Bernama sebagai hiasan ?? KADAR TINGGI: Nisbah kereta dan motosikal di negara ini yang mencecah 50-50 menyebabka­n kerapnya berlaku kemalangan di jalan raya.
— Gambar Bernama sebagai hiasan KADAR TINGGI: Nisbah kereta dan motosikal di negara ini yang mencecah 50-50 menyebabka­n kerapnya berlaku kemalangan di jalan raya.
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama sebagai hiasan ?? PENTING: Motosikal pada hari ini bukan sahaja digunakan golongan kurang berkemampu­an bahkan semua, contohnya di bandar, ia memudahkan urusan ke kedai, surau dan tempat kerja bagi mengelak kesesakan jalan raya.
— Gambar Bernama sebagai hiasan PENTING: Motosikal pada hari ini bukan sahaja digunakan golongan kurang berkemampu­an bahkan semua, contohnya di bandar, ia memudahkan urusan ke kedai, surau dan tempat kerja bagi mengelak kesesakan jalan raya.
 ??  ?? Oleh Erda Khursyiah Basir
Oleh Erda Khursyiah Basir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia