Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan disaran tumpu empat teras perkasa automotif dalam Bajet 2018

-

KUALA LUMPUR: Institut Automotif Malaysia ( MAI) berharap kerajaan akan menumpukan empat teras bagi memacu sektor automotif dalam Bajet 2018 iaitu peluang bagi tenaga kerja tempatan, membuka peluang perniagaan baharu, menyediaka­n peruntukan untuk pemain industri serta memperkasa perniagaan sedia.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Madani Sahari berkata aspek pekerja tempatan itu penting memandangk­an sektor automotif kini mempunyai tenaga kerja asing yang agak ramai, iaitu sekitar 120,000 orang.

“MAI misalnya sejak 2013 lagi telah memulakan program Industrial Profession Certificat­e ( Sijil Profesion Industri) atau IPC dalam usaha menggantik­an pekerja asing di sektor automotif dengan tenaga tempatan.

“Sehingga Julai tahun ini, kami telah berjaya menggantik­an sekitar 21,000 tenaga pekerja asing. Oleh itu, kami berharap diberi peruntukan untuk meneruskan lagi usaha melatih tenaga tempatan bagi menggantik­an pekerja asing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatan­gani perkongsia­n strategik antara MAI dan Malaysian Industrial Developmen­t Finance Berhad ( MIDF) di sini, semalam.

Selain itu Madani berkata MAI juga berharap kerajaan menerusi Bajet 2018 yang akan dibentangk­an oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober ini, akan turut membuka peluang perniagaan baharu sektor itu seir- ing dengan perkembang­an Revolusi Perindustr­ian Keempat ( Industri 4.0).

“Pada masa sama, kami juga berharap agar kerajaan dapat menyediaka­n peruntukan kepada pemainpema­in industri. Ini bagi meningkatk­an kemahiran pekerja- pekerja sedia ada industri itu yang meliputi aspek teknikal dan bukan teknikal,” katanya.

Menurut Madani, usaha memperkasa­kan perniagaan yang sedia ada di dalam sektor automotif berkenaan pula tidak hanya melibatkan bengkel- bengkel ( kenderaan), tetapi juga kepada kalangan pembekal atau vendor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia