Utusan Borneo (Sarawak)

Jamu selera dalam kontena kapal di Container City

-

MIRI: Merancang untuk makan luar bersama keluarga atau rakan-rakan serta memilih lokasi yang agak berlainan daripada biasa, jawapannya ada di Container City.

Terletak hanya sebelah Jalan North Yu Seng, medan selera ini yang dibuka rasmi semalam menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan luar negeri.

Terdapat sejumlah 14 gerai menyajikan lebih daripada 120 jenis makanan yang setiap gerainya menggunaka­n kontena kapal.

“Idea menggunaka­n kontena sebagai gerai makanan timbul apabila kami ingin memberi suasana keunikan ke dalam tempat ini kerana konsep ini belum pernah dilaksana di Miri sebelum ini,” kata Kelvin Gom, salah seorang pengarah Container City.

Beliau menjelaska­n selain sebagai medan selara, Container City memberi ruang dan peluang kepada para usahawan muda untuk memulakan perniagaan mereka sendiri.

Selain makanan tempatan, terdapat juga masakan Korea, Thailand dan Taiwan, ujarnya.

Kelvin turut menjelaska­n walaupun terdapat 14 gerai, tidak ada dua gerai menjual makanan sama kerana setiap gerai mempunyai sesuatu yang unik untuk disajikan kepada para pelanggan.

Antara lain, terdapat ada gerai mi, gerai burger, gerai yang mengkhusus­kan dalam mi udang galah, gerai nasi kerabu, gerai kebab dan pelbagai gerai yang menawarkan makanan tempatan dan luar negeri.

Dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 300 orang, medan selera ini juga boleh ditempah untuk majlis keramaian atau hari jadi.

Mengakhiri temu bual dengan Utusan Borneo, Kelvin berharap ramai pelancong akan akan bertandang ke Container City kerana lawatan mereka ke Miri tidak akan lengkap tanpa berkunjung ke medan selera ini.

Container City dibuka dari jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia