Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia pindah ke Terminal 4 Lapangan Terbang Changi Singapura mulai 7 Nov

-

KUALA LUMPUR: AirAsia akan memindahka­n operasinya di Lapangan Terbang Changi Singapura dari Terminal 1 ke Terminal 4, mulai 7 Nov ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Singapura, Logan Velaitham berkata pemindahan ke Terminal 4, yang menggunaka­n kemudahan automatik sepenuhnya bagi semua penerbanga­n yang berlepas dan tiba di Singapura, se- laras dengan visi AirAsia untuk menjadi syarikat penerbanga­n digital.

“Tahun ini, Singapura memberi tumpuan kepada konsep Perjalanan Cepat dan Lancar (FAST). Kami bekerjasam­a dengan Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) untuk memberi pengalaman lapangan terbang dan daftar masuk secara automatik dan penuh inovasi,” katanya.

Menurut syarikat penerbanga­n itu, bermula 7 Nov, semua penerbanga­nnya yang dijadualka­n pada hari itu akan tiba dan berlepas dari Terminal 4.

Jadual perlepasan dan ketibaan tidak akan terjejas oleh perubahan berkenaan, katanya.

Di Terminal 4, AirAsia akan menyediaka­n 19 kios daftar masuk, 14 auto mesin daftar masuk bagasi automatik, dua kaunter untuk memeriksa dokuman dan dua kaunter pembayaran di Barisan 4 serta perkhid- matan daftar masuk berkumpula­n di Barisan 5.

“Penumpang boleh mendaftar masuk di mana sahaja melalui laman web dan laman mudah alih, mencetak tag bagasi mereka di kios layan diri dan mendaftar masuk bagasi mereka di mesin automatik setibanya di lapangan terbang atau terus ke pintu masuk jika mereka mereka tidak mempunyai bagasi daftar masuk, “katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia