Utusan Borneo (Sarawak)

CCTV boleh bersuara inovasi terkini kekang kes pecah rumah

Dilengkapi teknologi ‘gerakan tiga baris’ berfungsi kesan pergerakan

-

KUCHING: Everrise Vivacity akan mengadakan jerayawara ‘Brand’s Essence’ pada 20 hingga 22 Oktober ini, untuk memberi ganjaran kepada pelanggann­ya.

Dengan setiap pembelian satu pek Brand’s Essence (70g x 15s) dalam satu resit, pelanggan akan layak untuk mendapat satu set ‘khazanah pelancong’ atau satu botol minuman Ca’ya 100ml secara percuma.

Sebagai tambahan, dengan setiap pembelian satu pek Brand’s Esence (70g x 15s) dalam satu resit, pelanggan juga akan layak untuk menerima satu pen atau topi edisi terhad secara percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila semak di Everrise Vivacity. KUALA LUMPUR: Sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dengan kemampuan mengeluark­an suara antara teknologi terbaharu yang menjadi tumpuan di Home Design and Interior Exhibition ( HOMEDEC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Disifatkan sebagai teknologi kamera keselamata­n pertama seumpamany­a di Malaysia, Eksekutif Jualan dan Pemasaran Panther 911, Kasing Chan berkata, CCTV HIK Vision itu dilengkapi pembesar suara yang boleh mengeluark­an arahan yang dipantau 24 jam oleh petugas dari enam pusat kawalan seluruh negara.

Beliau berkata, CCTV berkapasit­i 1.3 megapixel berserta ciri infra merah untuk mengesan pada waktu malam, turut dilengkapi teknologi ‘gerakan tiga baris’ yang berfungsi mengesan pergerakan manusia serta berhubung secara ‘masa nyata’ dengan balai polis seluruh negara.

“Apabila CCTV mengesan sebarang pergerakan manusia, pusat kawalan akan menghantar pesanan kepada pemilik premis menerusi satu aplikasi khas bernama IVMS bagi memaklumka­n terdapat ancaman di kediaman mereka serta melaporkan kepada pihak polis.

“CCTV akan ‘ bersuara’ kepada penceroboh dengan petugas di pusat kawalan mengeluark­an amaran seperti ‘berhenti, anda sedang diperhatik­an’, ‘pencuri, anda akan ditangkap’ atau cara lain dengan membunyika­n siren polis,” katanya kepada Bernama semalam.

Beliau ditemui pada HOMEDEC 2017 yang bermula semalam sehingga 22 Oktober untuk fasa pertama sebelum sambungan fasa kedua pada 26 hingga 29 Oktober di lokasi sama.

Chan berkata, CCTV keluaran syarikat tersebut mempunyai kira-kira 4,000 pelanggan meliputi pengguna kediaman persendiri­an, premis perniagaan serta bangunan keagamaan.

Katanya, kemampuan CCTV HIK terbukti apabila berjaya menggagalk­an beberapa cubaan pecah rumah dan kecurian malah membantu pihak polis menangkap penjenayah di beberapa negeri di negara ini.

“Antaranya kejayaan menangkap pencuri tabung derma sebuah masjid di Mantin, Neg- eri Sembilan dan perkara ini dikongsika­n sendiri oleh pihak pengurusan masjid itu.

“Ketika CCTV mengesan kehadiran penjenayah, pusat kawalan terus mengeluark­an amaran dan pada masa sama melaporkan kepada balai polis berhampira­n sehingga menyebabka­n pesalah tidak sempat melarikan diri seterusnya ditangkap,” katanya.

Pemasangan CCTV HIK Vision keluaran Panther 911 berharga serendah RM500 dengan yuran bulanan RM132 mengikut jenis pakej dan unit kamera yang digunakan. — Bernama

 ??  ?? KUNJUNGI: Warga tempatan berkunjung ke medan selera ini pada hari pembukaann­ya semalam.
KUNJUNGI: Warga tempatan berkunjung ke medan selera ini pada hari pembukaann­ya semalam.
 ??  ?? GANJARAN: David (kiri), Kelvin (tengah) dan Lily (kanan) memperkena­lkan jerayawara kepada orang ramai.
GANJARAN: David (kiri), Kelvin (tengah) dan Lily (kanan) memperkena­lkan jerayawara kepada orang ramai.
 ??  ?? BERLAINAN: Container City terletak di Jalan North Yu Seng Utara, Miri.
BERLAINAN: Container City terletak di Jalan North Yu Seng Utara, Miri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia