Utusan Borneo (Sarawak)

Bintai dapat projek bernilai RM11 juta

-

KUALA LUMPUR: Kejurutera­an Bintai Kindenko Sdn Bhd yang juga unit Bintai Kinden Corp Bhd, mendapat satu projek subkontrak­tor daripada WZR Property Sdn Bhd yang bernilai RM11 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia baru- baru ini, Bintai berkata projek itu membabitka­n kerja- kerja mereka bentuk, pembeka- lan, pemasangan, ujian serta pengoperas­i sistem komunikasi, pengemudia­n pengurusan kawalan/ trafik udara bagi pusat kawalan trafik terbaharu Maklumat Penerbanga­n Wilayah Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur.

Menurutnya, kerja- kerja subkontrak itu dijangka selesai menjelang November 2018.

“Ia dijangka tidak memberi sebarang kesan penting terhadap pendapatan, pendapatan sesaham, aset bersih sesaham serta hutang syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2018.

“Ini sebaliknya dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: RAM Ratings mengesahka­n penarafan A2/ Stabil/P1, AAA/Stabil/ P1 dan AAA/Stabil/P1 bagi penarafan kredit korporat skala global, ASEAN dan nasional Cagamas Bhd.

Dalam satu kenyataan hari ini, RAM berkata penarafan berkenaan mencermink­an metrik kredit Cagamas yang kukuh, yang dijangka kekal teguh meskipun rancangan jangka panjangnya untuk mempelbaga­ikan aktiviti ke bidang dan produk baharu.

Pada masa yang sama, RAM berkata, ia telah menarik balik penarafan P1 bagi program Kertas Komersial Islam (ICP) RM5 bilion syarikat itu berikutan kematangan­nya pada 19 Ogos 2017.

“Memandangk­an kedudukan strategik syarikat dalam pasaran modal domestik sebagai penyedia kecairan kepada sistem kewangan dan juga sebagai antara pengeluar terbesar bon korporat dan sukuk, kami percaya sokongan kerajaan akan terus diperluask­an sekiranya ada kesulitan kewangan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia