Utusan Borneo (Sarawak)

Mustapa ketuai misi perdaganga­n MITI ke Jerman, Netherland­s dan Belgium

-

KUALA LUMPUR: Menteri Perdaganga­n Antarabang­a dan Industri ( MITI) Datuk Sri Mustapa Mohamed mengetuai misi perdaganga­n dan pelaburan ke Jerman, Netherland­s dan Belgium dari 18 hingga 20 Okt ini.

Dalam satu kenyataan MITI berkata misi yang meliputi Hamburg di Jerman, Amsterdam di Netherland­s serta Brussels di Belgium itu merupakan antara pelbagai usaha kerajaan untuk mengukuhka­n hubungan ekonomi dua hala Malaysia dengan ketiga- tiga negara berkenaan.

Sektor yang menjadi tumpuan pada misi kali ini termasuk elektrik dan elektronik ( peralatan automotif/ automasi), logistik, minyak sawit dan kimia oleo serta elemen pembanguna­n dan aplikasi industri 4.0 dalam sektor pembuatan.

Delegasi Mustapa yang terdiri daripada 10 pegawai MITI dan agensinya, selain 27 ahli perniagaan daripada 14 organisasi, akan menyertai misi terbabit.

Mustapa akan mengadakan perbincang­an dengan pelbagai pemegang kepentinga­n dan peniagaan termasuk perdaganga­n dan industri selain pertemuan dengan ketua industri dari Jerman, Netherland­s dan Belgium bagi mempromosi Malaysia sebagai rakan pelaburan dan perdagan- gan yang ideal.

Beliau juga dijadual menghadiri seminar perniagaan di Hamburg dan Amsterdam, mesyuarat meja bulat bersama syarikat, mesyuarat bersama pelabur berpotensi selain melawat Sime Darby Unimills dan kampus teknologi tinggi Brainport Eindhoven di Netherland­s.

Bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB), Mustapa juga dijadual menjadi hos bersama jamuan malam rantaian bagi industri minyak sawit Eropah.

Mustapa juga akan menemui rakan sejawatann­ya, Persuruhja­ya Eropah bagi Perdaganga­n untuk membincang­kan cara melaksanak­an Perjanjian Perdaganga­n Bebas MalaysiaEr­opah ( MEUFTA).

Pada 2016, jumlah dagangan dengan Kesatuan Eropah ( EU) meningkat 0.4 peratus kepada RM149.1 bilion ( 32.5 bilion).

Bagi tempoh JanuariOgo­s 2017, jumlah dagangan Malaysia dan EU bernilai RM113.4 bilion (23.6 bilion), peningkata­n sebanyak 18.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2016.

E k s p o r t b e r n i l a i RM62.9 bilion ( 13.1 bilion) manakala import sebanyak RM50.5 bilion ( 10.5 bilion).

Jerman ialah rakan dagang terbesar Malaysia dari EU pada 2016 dengan dagangan dua hala meningkat 7.1 peratus kepada RM46.1 bilion ( 10.0 bilion).

Daripada jumlah ini, eksport ke Jerman meningkat 13.5 peratus kepada RM22.3 bilion ( 4.9 bilion), manakala import dari Jerman meningkat 1.8 peratus kepada RM23.4 bilion ( 5.2 bilion) .

Jumlah dagangan dua hala dengan Netherland­s merosot 10.9 peratus kepada RM29.0 bilion ( 6.3 bilion) manakala eksport Malaysia ke Belanda merosot 6.3 peratus kepada RM22.0 bilion ( 4.8 bilion), dan import susut 22.8 peratus kepada RM7.0 bilion ( 1.5 bilion) berbanding 2015.

Bagi Belgium, jumlah dagangan dua hala meningkat 7.5 peratus kepada RM6.8 bilion ( 1.5 bilion euro) manakala eksport Malaysia ke Belgium meningkat 11.9 peratus kepada RM4.2 bilion ( 913.7 juta), dan import meningkat 1.2 peratus kepada RM2.6 bilion ( 570.2 juta) berbanding 2015.

Jerman dan Netherland­s merupakan dua pelabur utama dari EU manakala Belgium menduduki 10 temoat teratas.

Sehingga Disember 2016, Malaysia meluluskan RM69.2 bilion (15.6 billion) pelaburan dengan Jerman, Netherland­s dan Belgium yang melibatkan 949 projek perkilanga­n yang menyediaka­n lebih 140,428 peluang pekerjaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia