Utusan Borneo (Sarawak)

Peningkata­n pelaburan China bukan bermakna negara sedang tergadai

-

KUALA LUMPUR: Peningkata­n dalam pelaburan China di Malaysia, bukan bermakna bahawa negara ini sedang digadaikan kepada kuasa besar itu, kata Pengarah Urusan Capital Dynamics Sdn Bhd, Tan Teng Boo.

Katanya, sesetengah orang mempunyai persepsi yang salah mengenai perkara tersebut.

“Persepsi seperti itu adalah salah kerana negara memerlukan pelaburan untuk maju ke hadapan. Amerika Syarikat dan Jepun, sebagai contoh, sudah lama melabur di Malaysia manakala China baharu sahaja bermula,” katanya baru-baru ini.

Tan berkata demikian kepada Bernama selepas taklimat mengenai Minggu Pelabur Global 2017 yang akan datang, dijadualka­n berlangsun­g pada 4 hingga 5 Nov depan di sini.

Katanya, ia akan mengambil masa yang lama untuk China menyamai nilai pelaburan yang dibuat oleh Amerika Syarikat dan Jepun di sini.

“Amerika Syarikat dan Jepun telah melabur di negara ini sejak sekian lama dan hanya baru-baru ini, China mula meningkatk­an pelaburan.”

“China pada masa sekarang sudah menjadi sebuah negara berekonomi kukuh. Ia boleh melabur di mana sahaja yang mereka mahu, tetapi mereka memilih Malaysia. Ini adalah disebabkan kita mempunyai hubungan diplomatik yang kukuh dengan mereka dan sebaliknya, kita memerlukan pelaburan untuk membantu meningkatk­an ekonomi negara,” katanya.

Antara pelaburan yang ketara dari China ialah pem- bangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang akan menghubung­kan Pelabuhan Klang sehingga ke Pengkalan Kubor, Kelantan dan juga pelaburann­ya dalam Proton Holdings Bhd.

“Peranan China dalam Proton, sebagai contoh, adalah satu perkara yang baik dan melihat bagaimana ia mengubah Volvo, saya amat positif bahawa Proton akan berada pada taraf yang sama dalam masa lima hingga 10 tahun,” katanya.

Pada Mei lepas, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd dari China, pemilik Volvo Car Group, Sweden telah membeli 49.9 peratus kepentinga­n dalam Proton daripada konglomera­t DRB-HICOM Bhd.

Sementara itu, Tan berkata, Minggu Pelabur Global 2017 mengandung­i ceramah men- genai ekonomi dan perkembang­an politik China termasuk pasaran dan pertumbuha­n ekonomi di Asia Tenggara.

“Sebelum acara tersebut, kami akan mengadakan beberapa siri jelajah di seluruh negara untuk menarik mereka yang berminat,” katanya.

Capital Dynamics merupakan firma penasihat pelaburan dan pengurusan dana yang bebas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia