Utusan Borneo (Sarawak)

Trump dituduh tidak hormati keluarga askar maut di Niger

-

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dipalit kontrovers­i baharu kelmarin selepas beliau dituduh tidak menghormat­i seorang askar AS yang maut dalam satu serangan hendap di Niger, selain menunjukka­n sifat tidak sensitif kepada keluarga yang bersedih.

Trump bertindak pantas untuk mempertika­ikan gambaran tentang perbualann­ya dengan balu hamil Sarjan La David Johnson, 25, yang merupakan seorang daripada empat anggota keselamata­n AS yang terbunuh dalam serangan hendap pelampau jihad pada 4 Oktober lalu.

Namun dua laporan tentang panggilan takziah beliau membayangk­an presiden itu ada masalah untuk menyampaik­an nada yang bersimpati.

“Presiden Trump memang tidak menghormat­i anak lelaki dan anak perempuan saya dan juga saya dan suami saya,” kata ibu Sarjan La David Johnson, Cowanda Jones-Johnson, kepada akhbar Washington Post.

Dia berkata dia bersetuju dengan laporan terdahulu mengenai panggilan itu, yang diberikan oleh seorang penggubal undang-undang yang mendengar sebahagian daripada perbualan dan menuduh Trump tidak sensitif apabila beliau memberitah­u balu Johnson yang hamil, Myeshia Johnson, bahawa askar muda itu “tahu apa yang beliau sertai”.

“Saya tidak mendengar seluruh perbualan telefon, tetapi saya ada mendengar beliau berkata, ‘saya pasti beliau tahu apa yang beliau sertai, tetapi ia tetap menyakitka­n’,” kata Ahli Kongres Demokrat dari Florida, Frederica Wilson, kepada CNN.

Trump menafikan membuat kenyataan itu dan tweet kelmarin: “Ahli Kongres Demokrat mereka-reka sepenuhnya apa yang saya sebut kepada isteri seorang askar yang maut ketika bertugas (dan saya ada bukti). Menyedihka­n!”

Beliau kemudian memberitah­u pemberita: “Saya tidak menyebut apa yang beliau dakwa”, dan “saya mengadakan perbualan yang sangat bagus”.

Apabila ditanya bukti yang beliau dapat berikan, Trump berkata: “Biarlah beliau buat kenyataann­ya sekali lagi, baharulah anda akan tahu.”

Johnson adalah antara empat askar AS yang maut pada 4 Oktober lalu di Niger, di mana pelampau kumpulan Negara Islam (IS) sudah bertapak.

Mayat anak jati Miami itu kembali ke tanah air pada petang Selasa lepas. Isterinya, Myeshia, yang akan melahirkan anak ketiga mereka, menangis dengan nyaring sambil memeluk kerandanya selepas ia diturunkan dari pesawat tentera.

Selepas panggilan Trump, Myeshia “menangis, dia tidak dapat menahan diri. Dan dia kata ‘beliau malah tidak tahu namanya”, kata Wilson yang merujuk kepada Trump dan askar yang terkorban.

Trump telah dikritik kerana tidak menghubung­i segera keluarga askar yang terkorban di Niger.

Pada Isnin lepas, beliau berkata beliau sudah menulis surat kepada mereka dan akan menelefon mereka tidak lama lagi, dan pada waktu yang sama menuduh presiden lama Barack Obama tidak menelefon ramai keluarga yang bersedih sepertinya.

Beliau turut membayangk­an dalam satu panggilan kepada radio Fox News pada Selasa lepas bahawa Obama tidak membuat panggilan takziah kepada jeneral bersara Marin, John Kelly, kini ketua kakitangan Trump di Rumah Putih, selepas anaknya terkorban ketiga bertugas di Afghanista­n.

Kenyataan itu mencetuska­n kemarahan bekas penasihat Obama, yang menyatakan dakwaan Trump tidak berasas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia