Utusan Borneo (Sarawak)

Pendakwa ICC siasat jenayah perang di Mali

-

BAMAKO: Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC) kelmarin berkata ia sedang menyiasat beberapa jenayah perang berpotensi termasuk pembunuhan di Mali, beberapa bulan selepas mendapati seorang bekas pelampau jihad bersalah dan bertanggun­gjawab bagi kerosakan bernilai jutaan dolar di negara yang dikeliling­i darat itu.

“Siasatan kami dilanjutka­n ke jenayah lain, jenayah seksual dan jenayah terhadap anggota pengaman, pembunuhan dan semua itu,” kata ketua pendakwa ICC Fatou Bensouda kepada pemberita di Bamako.

Tribunal di The Hague itu berkata pada Ogos lalu bahawa bekas pelampau jihad Ahmad al- Faqi al- Mahdi menyebabka­n kerosakan bernilai 2.7 juta euro (RM12.96 juta) ketika dia memusnahka­n beberapa makam legenda di Timbuktu, utara Mali, sewaktu penaklukan pelampau jihad di sana pada 2012.

Hakim seterusnya mengarahka­n agar kerajaan Mali serta masyarakat antarabang­sa dibayar ganti rugi dengan jumlah simbolik satu euro ( RM4.80) bagi kerosakan yang dialami.

Al-Mahdi dipenjara selama sembilan tahun pada 2016 selepas dia mengaku bersalah mengarahka­n serangan ke atas tapak warisan dunia UNESCO dan memohon maaf kepada masyarakat Timbuktu.

Ia merupakan kes penting bagi ICC kerana ia adalah kali pertama seorang pelampau jihad mengaku bersalah terhadap tuduhan jenayah perang.

Bensouda berkata mahkamah sedang mengembang­kan siasatan di Mali, yang mempunyai 13,000 anggota misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Saya bukan dalam kedudukan untuk bercakap mengenai perkara lain yang sedang dilakukan mengenai Al-Mahdi tetapi saya hanya dapat memberitah­u anda bahawa mahkamah sedang menyiasat jenayah lain dalam konteks siasatan kami di Mali,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia