Utusan Borneo (Sarawak)

Hotel popular di kalangan pelancong di Yangon terbakar, seorang maut

-

YANGON: Seorang maut dalam kebakaran subuh semalam yang memusnahka­n sebuah hotel kayu jati di Yangon yang popular di kalangan pelawat asing ke bandar raya utama Myanmar.

Kebakaran memusnahka­n hotel tepi tasik, Kandawgyi Palace Hotel, sebuah bangunan era penjajahan yang dimiliki seorang ahli perniagaan di Myanmar yang terkenal kerana mengumpul kekayaan di bawah junta lama.

Ratusan anggota bomba cuba memadamkan kebakaran yang berlaku sekitar jam 3 pagi waktu tempatan, tetapi mereka tidak dapat menghalang api daripada menjilat hotel mewah itu.

Seorang pemberita AFP di tempat kejadian melihat cadar plastik putih yang menutupi satu mayat yang dikeluarka­n dari kebakaran, tetapi tiada pengesahan segera dibuat mengenai mangsa lain.

“Kami tidak tahu kenapa kebakaran itu bermula. Kami sedih kerana tempat yang begitu bersejarah dan cantik musnah sepenuhnya,” kata seorang saksi Kyi Kyi kepada AFP, sambil berdiri dekat puing bangunan yang masih membara.

Seorang lagi saksi, yang memakai baju jenama syarikat Htoo yang memiliki hotel itu, berkata: “Ia amat teruk. Segalanya sudah musnah sekarang.”

Syarikat Htoo, yang menjangkau pembinaan, perkayuan, pusat peranginan dan sebuah syarikat penerbanga­n, ditubuhkan oleh Tay Za – seorang taikun kontrovers­i yang mengaut jutaan dolar menerusi hubungan yang erat dengan junta.

Tetamu di hotel yang musnah itu sudah dipindahka­n ke hotel lain di Yangon, bandar raya terbesar di Myanmar yang meninggalk­an tanda di laluan pelancong ke Asia Tenggara sejak negara itu muncul daripada pemerintah­an junta sepenuhnya.

Bahagian tertua hotel Kandawgyi dibina pada zaman 1930-an ketika pegawai tentera British menggunaka­n tapak itu sebagai kelab dayung perahu.

Reputasi Myanmar sebagai salah sebuah destinasi baharu paling hangat di rantau ini turut dicemari kritikan global berhubung operasi ketenteraa­n ke atas populasi Rohingya. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TERBAKAR: Anggota polis berkawal ketika kebakaran memusnahka­n hotel tepi tasik, Kandawgyi Palace Hotel, di Yangon, Myanmar semalam.
— Gambar Reuters TERBAKAR: Anggota polis berkawal ketika kebakaran memusnahka­n hotel tepi tasik, Kandawgyi Palace Hotel, di Yangon, Myanmar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia