Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua baharu Buruh bakal perdana menteri New Zealand

-

WELLINGTON: Ketua pembangkan­g haluan kiri tengah di New Zealand, Jacinda Ardern, bakal menjadi perdana menteri semalam dalam kebangkita­n mengejutka­n untuk memegang kuasa, selepas populis radikal Winston Peters menyokong wanita berusia 37 tahun yang berkarisma itu untuk menubuhkan kerajaan.

Keputusan Peters, yang dibuat selepas pilihan raya pada 23 September lalu berakhir dengan kebuntuan, memberi Parti Buruh pimpinan Ardern jumlah untuk membentuk kerajaan perikatan bersama Parti New Zealand Dahulu pimpinan Peters dan Parti Hijau.

“Kami ada pilihan untuk mengekalka­n status quo yang diubahsuai atau melakukan perubahan, itulah sebabnya kenapa pada akhirnya kami memilih kerajaan perikatan New Zealand Dahulu dengan Parti Buruh New Zealand,” kata Peters.

“Pembuat raja” berusia 72 tahun itu memberi pujian yang melangit kepada Ardern, yang menghidupk­an nasib Buruh ketika beliau menjadi ketua parti hanya beberapa minggu sahaja sebelum pilihan raya.

“Beliau mempamerka­n bakat luar biasa dalam kempen dari kedudukan yang benar-benar tiada harapan,” katanya.

Sementara Buruh dan Parti Hijau perlu meluluskan perikatan itu secara rasmi, Ardern akan menjadi pemimpin paling muda New Zealand sejak 1856 dan perdana menteri wanita ketiga bagi negara yang mempunyai 4.6 juta penduduk itu.

Keputusan itu adalah tamparan hebat bagi perdana menteri konservati­f sekarang, Bill English, yang menjalanka­n kempen kuat yang tidak dijangkaka­n untuk memenangi 44.4 peratus undian, jauh lebih tinggi berbanding 36 peratus bagi Buruh.

Ia adalah kali pertama sejak New Zealand menggunapa­kai undian seimbang pada 1996 dan parti itu yang memenangi sebahagian besar undian tidak dapat membentuk kerajaan. — AFP

 ??  ?? ARDERN
ARDERN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia