Utusan Borneo (Sarawak)

PM Malta ikrar bawa pembunuh wartawan ke muka pengadilan

-

VALLETTA: Perdana Menteri Malta, Joseph Muscat, menyifatka­n wartawan yang mati dibunuh, Daphne Caruana Galizia, kelmarin sebagai “musuh terbesar saya” tetapi berjanji untuk membawa pembunuhny­a ke muka pengadilan manakala acara peringatan yang emosional untuk ibu yang dibunuh itu memasuki hari ketiga.

Rakan- rakan tiga anak lelaki Caruana Galizia meninggalk­an bunga dan mengadakan perhimpuna­n waktu malam di tugu ‘Great Siege of 1565’ di Valletta, di seberang Mahkamah Keadilan, tempat yang amat dikenali wartawan itu kerana sebuah blog dengan kandungan keras yang membawa kepada beberapa tindakan undang-undang.

Beberapa rakan mengulangi dakwaan anak lelakinya yang sulung, Matthew, bahawa kerajaan haluan kiri tengah di Malta bersubahat dalam kematian penulis blog yang dibaca ramai itu dengan laporan mengenai rasuah pada peringkat tinggi yang mendorong Muscat untuk mengadakan pilihan raya umum awal pada Jun lalu, yang beliau menangi.

“Segalanya disapu di bawah karpet, isu demi isu. Ia sudah sampai ke tahap di mana ia ternyata secara terang-terangan,” kata seorang, Nigel Anastasi, 30, seorang pereka grafik.

“Beliau akan mengeluark­an laporan, semua orang tahu mengenainy­a tetapi tiada apa yang berlaku. Ia begitu mengecewak­an. Institusi gagal mengambil tindakan.”

Di antara pesan yang ditulis pada jambak bunga adalah satu yang mengucapka­n terima kasih kepada pemberita itu kerana “bersuara bagi pihak golongan yang mahu membina dunia yang lebih adil”.

Seorang lagi berkata: “Kehidupan kita berakhir pada hari kita menjadi senyap tentang perkara penting. Kematian anda tidak akan sia-sia.”

Seorang wanita yang datang untuk meletakkan bunga, Simone Vella Lenicker, 42, seorang arkitek, memberi- tahu AFP: “Ia menyentuh semua orang. Saya rasa sebahagian daripada saya mati di dalam – keinginan untuk bersuara, memastikan suara saya didengar dan komen mengenai perkara yang sedang berlaku.

“Kami rasa disenyapka­n. Itu adalah kerugian terbesar sebagai sebuah negara. Setiap daripada kami rasa mereka sudah tewas.

“Ia sekarang terpulang kepada setiap daripada kami yang terus senyap untuk tampil ke hadapan dan memastikan ini tidak berlaku dengan sia-sia.”

Sementara itu Muscat cuba mengalih tumpuan daripada dirinya kepada pembangkan­g utama, Parti Nasionalis, yang juga telah menjadi fokus siasatan Caruana Galizia.

“Ia tidak dapat dibayangka­n di sebuah negara seperti Malta untuk mati kerana kerja kita, dalam kes Caruana Galizia, kerana apa yang beliau tulis,” kata Muscat dalam beberapa temu ramah yang diterbitka­n kelmarin.

“Beliau mungkin musuh terbesar saya, beliau menyerang saya sejak saya menjadi ketua pembangkan­g lagi. Tetapi itu adalah kerja beliau,” katanya dan menambah beliau sudah memanggil “FBI (Biro Siasatan Persekutua­n) dan badan keselamata­n Eropah lain” untuk mencari pembunuhny­a.

Caruana Galizia, yang dipanggil “Wilileaks wanita tunggal”, maut dalam serangan bom kereta Isnin lepas.

Beliau sebelum itu kerap menggunaka­n blognya untuk membuat beberapa dakwaan rasuah yang terperinci dalam lingkungan dalam Muscat, ada yang berdasarka­n kebocoran data Panama Papers.

Muscat enggan membuat spekulasi mengenai orang yang mungkin mendalangi kematianny­a, tetapi berkata “perkara paling mudah untuk saya buat adalah untuk menuding jari kepada pembangkan­g, di mana ketuanya telah menjadi subjek laporan terbaharu oleh Daphne”.

Beliau berkata penulis blog itu telah menuduh ketua pembangkan­g Adrian Delia menjalanka­n “pengubahan wang, pelacuran dan banyak lagi”. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? PENGHORMAT­AN: Naib Presiden Pertama Suruhanjay­a Eropah Frans Timmermans turut memberi penghormat­an terakhir kepada Galizia pada perhimpuna­n di Brussels, kelmarin.
— Gambar Reuters PENGHORMAT­AN: Naib Presiden Pertama Suruhanjay­a Eropah Frans Timmermans turut memberi penghormat­an terakhir kepada Galizia pada perhimpuna­n di Brussels, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia